Home » , , , , , , , , , , , , » Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala Capital One 2014/2015

Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala Capital One 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CHELSEA PILIHAN




Setelah berakhir perlawanan UCL dan EPL minggu lalu, saingan Piala Capital One akan bersambung di peringkat suku akhir. Hanya 5 kelab EPL yang masih bertahan iaitu Chelsea, Newcastle, Southampton, Liverpool, dan Tottenham. Chelsea dilihat sebagai calon pilihan untuk memenangi trofi setelah kembalinya Mourinho. Capital One Cup ini merupakan kejuaraan pertama beliau di England pada musim 2004/05.



Southampton yang begitu hebat di awal saingan EPL kini sudah tewas 4 perlawanan berturut-turut (Man City, Arsenal, Man Utd & Burnley) dan kini menghuni di tangga ke-5. Susunan jadual dan kecederaan pemain akan menjadi faktor kejatuhan sesebuah kelab. Nasib yang sama dirasai oleh Liverpool yang kehilangan khidmat Sturridge selama 3-4 bulan. Tanpa Suarez dan Sturridge Liverpool kembali ke tempat asal mereka (10th).



Tottenham masih lagi dalam proses peralihan di bawah kendalian pengurus baru. Keputusan tidak konsisten menyaksikan mereka berada di tempat ke-7. Newcastle United berada pada prestasi terbaik dengan 10 perlawanan tanpa kalah (9 kemenangan) termasuk kejayaan menewaskan Chelsea 2-1 di EPL dan Manchester City di saingan pusingan 4 Piala Capital One. Namun disebabkan penggantungan seorang pemain, Sissoko, mereka tewas 1-4 kepada Arsenal. 



Begitulah senario bola sepak sebenar. Semakin banyak perlawanan yang disertai, semakin tinggi kebarangkalian sesebuah kelab untuk merasai penggantungan dan kecederaan pemain. Format Piala Capital One menyatakan, sekiranya kedudukan terikat sepanjang 90 minit, akan ada masa tambahan 30 minit. Sekiranya masih seri, penentuan sepakan penalti untuk untuk memutuskan pasukan yang menang. 



Tempoh 120 minit amat memenatkan. Hanya pasukan yang bijak membuat penggiliran pemain sahaja mampu perlu jauh dan mampu bersaing dalam 3-4 kejohanan dalam satu-satu musim.



Siaran Langsung Piala Capital One 2014/15 Pusingan Suku Akhir



Rabu (17 Dis 2014)


Derby County [1] vs [3] Chelsea
03.40 am waktu Malaysia, Live @ Astro SuperSport (810) HD (831)


Sheffield United [1] vs [0] Southampton
03.40 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que

______________________________________________________________


Khamis (18 Dis 2014)


Bournemouth [1] vs [3] Liverpool
03.40 am waktu Malaysia, Live @ Astro SuperSport (810) HD (831)


Tottenham [4] vs [0] Newcastle
03.40 am waktu Malaysia, Live Streaming @ Kafe Que


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Siaran Langsung Suku Akhir Piala Capital One 2014/2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets