Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2015

Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TIADA WAKIL ENGLAND



Prestasi kelab-kelab EPL menunjukkan penurunan sejak 4 tahun kebelakangan ini. Kegagalan ini menyamai rekod pada tahun 2013 di mana tiada satu pun wakil EPL beraksi di pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Biarpun jendela perpindahan di England tampak meriah dengan kehadiran ramai pemain bintang, namun corak permainan fizikal dan pantas menjadi punca ramai antara mereka gagal menyerlah.



Ramai yang menyalahkan jadual padat dalam bulan Disember hingga Januari menjadi punca kelab-kelab Inggeris mengalami kejatuhan sebaik sahaja kejohanan Eropah bersambung pada bulan Februari. Jika di negara lain seperti Spain, Germany dan Italy, liga tempatan direhatkan 2 minggu supaya pemain dapat bercuti menyambut perayaan Krismas bersama keluarga.



Di England, mereka masih meneruskan 'Boxing Day' yang mana perlawanan liga tetap diteruskan selepas Krismas. Komitmen tinggi ini menyebabkan ramai pemain yang bukan berasal dari liga tempatan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri.



Isu ini bukanlah baru dibangkitkan. Arsene Wenger dan Sir Alex Ferguson pernah menyuarakan kepada FA England supaya mengadakan waktu rehat kepada pemain dalam bulan Januari. Mungkin perbincangan lanjut perlu diadakan untuk menangani masalah ini.



Undian pada hari esok menampilkan 8 kelab dari 5 negara yang akan diundi sesama mereka. Tiada pengasingan untuk  pusingan suku akhir. Ini bermakna kelab yang bermain dalam liga yang sama masih boleh diundi menentang satu sama lain. Contoh kebarangkalian Real Madrid vs Barcelona, PSG vs AS Monaco atau Atletico Madrid vs Barcelona/Real Madrid tetap ada.



Kemunculan semula wakil dari Serie A iaitu Juventus bakal memberi saingan baru kepada wakil dari Sepanyol, Jerman dan Perancis. Porto kali terakhir mara ke suku akhir dalam musim 2008/09 manakala AS Monaco melakukan penampilan pertama sejak muism 2003/04.



Senarai pasukan yang akan diundi dalam pusingan suku akhir 20 Mac 2015

1. Real Madrid
2. Barcelona
3. PSG
4. Bayern Munich
5. Juventus
6. Atletico Madrid
7. Porto
8, As Monaco





Keputusan Undian Suku Akhir UCL 2014/2015


PSG vs Barcelona

Atletico Madrid vs Real Madrid

FC Porto vs Bayern Munich

Juventus vs As Monaco


Jadual perlawanan UCL boleh didapati di sini [klik]


Suku Akhir: 15-16 & 22-23 April

Separuh Akhir: Undian 24 April, Perlawanan 6-7 Mei & 13-14 Mei

Akhir: 7 Jun



Ikuti Siaran Langsung Undian Suku Akhir UEFA Champions League

20 Mac 2015 (Jumaat)

7.00 pm waktu Malaysia

Live @ Astro SuperSport (810) HD (831)


Live Streaming [Klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets