Showing posts with label all england. Show all posts

 

Siaran Langsung Lin Dan vs Chen Long Semi Final Badminton All England 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BISA LIN DAN



Biarpun hanya berada pada ranking ke-6 dunia, Lin Dan merupakan jaguh badminton yang masih perlu diberi perhatian. Untuk mengekalkan ranking, setiap pemian perlu aktif menyertai pertandingan super series. Tetapi bagi Lin Dan itu semua bukan lagi sasaran utama beliau kerana sudah memenangi kesemua peringkat tertinggi dalam sukan badminton.



Chen Long harus bermain dengan penuh berhati-hati jika mahu merampas semula takhta juara persoerangan lelaki badminton All England 2015. Tahun lalu, Datuk Lee Chong Wei berjaya memenangi kategori ini buat kali-3 menewaskan Chen Long dalam straight set.



Mengikut rekod, dalam 6 pertemuan sebelum ini, Chen Long masih belum pernah menang dengan Lin Dan. Kali terakhir mereka bertemu di suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang dimenangi Lin Dan dengan straight set 21-13, 22-20.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 3 - 8 2015 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

FOKUS LIN DAN



Kejohanan Badminton All England sedang berlangsung bermula 3 hingga 8 Mac 2015. Tahun ini merupakan tahun paling malang dan mencabar buat pasukan Malaysia yang kehilangan khidmat bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei yang digantung dari menyertai sebarang pertandingan sehingga kes penyalahgunaan bahan terlarang selesai.



Akibatnya sehingga malam tadi, tiada satu wakil Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Beregu harapan negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong tewas kepada pasangan Denmark dalam straight set 15-21,13-21. Dalam beregu wanita pula, pasangan Tan Aik Quan/Lai Pei Jing terpaksa akur kepada kehebatan pilihan pertama dari China juga dalam straight set.



Kini tumpuan terarah kepada bekas juara 5 kali, Lin Dan yang berjaya ke suku akhir setelah menarik diri dari 2 kejohanan lalu. Menanti di separuh akhir nanti, pemain nombor satu dunia ketika ini Chen Long. Salah seorang terpaksa memberi laluan kepada pemenang untuk meneruskan kemaraan memburu pingat untuk negara China.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton All England 9 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Datuk Lee Chong Wei dipaksa bermain 3 set dalam pusingan separuh akhir semalam menentang pemain kurang ternama dari Korea, Son Wan Ho. Dikejutkan dalam set pertama, Lee Chong Wei bangkit untuk menang set kedua dan ketiga. Apakah peristiwa #MH370 memberi kesan terhadap tumpuan permainan Datuk?



Nak dijadikan cerita, pertembungan dengan Chen Long malam ini ada kaitan secara langsung dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sukan biasanya sinonim dengan menyatukan rakyat dan wakil yang bertanding. Simbolik malam ini mungkin lebih terarah kepada nasib yang menimpa keluarga mangsa yang terlibat.



Sebagai rekod, dari 15 pertemuan antara kedua pemain, Chen Long mempunyai kelebihan 1 kemenangan 8 berbalas 7. Dalam 4 pertemuan terakhir semua dimenangi Chen Long. Melihat kepada prestasi semasa agak sukar untuk Lee Chong Wei menyaingi pemain China itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton All England 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MISI SEKAT CHEN LONG



Dari zaman penyerahan kuasa Lin Dan kepada Chen Long, Malaysia masih lagi mengekalkan Lee Chong Wei sebagai pesaing utama mereka. Bayangkan jika Datuk Lee Chong Wei menyatakan hasrat untuk menggantung raket beliau. Sudah pasti pihak yang paling panik ialah BAM dan Menteri Belia & Sukan, KJ.



Tapi kita harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencontohi China dalam melahirkan barisan pelapis berkualiti. Yang kita kejar hanya status pemain nombor 1 dunia. Sebab itu dalam edisi All England kali ini hanya 4 wakil Malaysia yang layak ke pusingan ke-2.



Malang buat Chong Wei Feng kerana terpaksa berdepan Datuk Lee Chong Wei awal pagi esok. Malaysia juga masih mempunyai wakil dalam acara beregu lelaki dan wanita. Tahun lalu, pencapaian terbaik kita menerusi Datuk Lee Chong Wei yang tewas di final kepada Chen Long. Besar harapan supaya tahun ini menjadi milik Malaysia pula.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN AKHIR BADMINTON ALL ENGLAND 2013 | LEE CHONG WEI VS CHEN LONG

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

ALL ENGLAND 2013 CHAMPIONSHIP FINALS

KEPUTUSAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON ALL ENGLAND 2013

Updates : Lee Chong Wei kalah 17-21,18-21

Seperti diduga, pemain No.1 dunia Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir Kejohanan Badminton All England 2013 setelah menewaskan pemain muda Thailand, Tanongsak dengan straight set 22-20, 21-8. Walaupun menerima tentangan sengit dalam set pertama, Lee Chong Wei menggunakan pengalamannya untuk menjinakkan lawan dalam set kedua.


Menantinya di final Badminton All England 2013 ialah Chen Long dari China yang menundukkan Jan O Jorgenson juga dengan straight set 21-19, 22-20. Pemain ranking No.2 dunia itu menjadi penghalang terakhir buat Datuk Lee Chong Wei dalam usahanya merangkul kejuaraan All England ke-3.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR BADMINTON ALL ENGLAND 2013 | LEE CHONG WEI VS TANONGSAK

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

ALL ENGLAND 2013 CHAMPIONSHIP SEMI FINAL


Updates : Lee Chong Wei mng 22-20 21-8 [Jadual Final]

Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal negara yang layak ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2013. Tiga (3) wakil beregu kita terkandas pada lawan masing-masing awal pagi tadi. Misi kejuaraan Datuk Lee Chong Wei kini perlu diteruskan dengan pertemuan dengan lawan dari Thailand, Tanongsak SaenSomBoonSuk (ranking 37 dunia).


Pada awalnya, Lee Chong Wei dijangka bertemu pemain China, Du Pengyu. Namun pemain itu terkandas di pusingan pertama dan muncul pemain Thailand ini yang menumbangkan satu-persatu pemain yang mempunyai ranking lebih baik darinya. Nampaknya Datuk Lee Chong Wei kena berhati-hati. Awal pagi tadi Lee Chong Wei mudah menundukkan pilihan ke-8 kejohanan Tien Minh Nguyen 21-17,21-19.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

JADUAL PERLAWANAN SIARAN LANGSUNG BADMINTON ALL ENGLAND 2013 PEMAIN MALAYSIA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

LIVE VISUAL BADMINTON ALL ENGLAND 2013

JADUAL PENUH PERLAWANAN BADMINTON ALL ENGLAND 2013 LEE CONG WEI

Final updates : Chen Long mng 21-17 , 21-18

Kejohanan utama Super Series diteruskan dengan Pertandingan Badminton All England 2013 yang bermula pada 5 Mac - 10 Mac 2013. Pemain perseorangan No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memburu kejuaraan ke-3 beliau dalam edisi kali ini. Tahun lalu hajat Datuk Lee Chong Wei untuk mendapatkan hatrick di halang oleh pemain handalan China, Lin Dan dan kecederaan belakang yang dialaminya.


Tahun ini, Lin Dan dikhabarkan tidak turut serta atas alasan yang tidak diketahui. Walaupun begitu masih ramai nama besar menyertai kejohanan All England yang menwarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$400,000 (RM1.243 juta). 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/