Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton All England 9 Mac 2014

Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton All England 9 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

#PRAYFORMH370



Datuk Lee Chong Wei dipaksa bermain 3 set dalam pusingan separuh akhir semalam menentang pemain kurang ternama dari Korea, Son Wan Ho. Dikejutkan dalam set pertama, Lee Chong Wei bangkit untuk menang set kedua dan ketiga. Apakah peristiwa #MH370 memberi kesan terhadap tumpuan permainan Datuk?



Nak dijadikan cerita, pertembungan dengan Chen Long malam ini ada kaitan secara langsung dengan peristiwa kehilangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sukan biasanya sinonim dengan menyatukan rakyat dan wakil yang bertanding. Simbolik malam ini mungkin lebih terarah kepada nasib yang menimpa keluarga mangsa yang terlibat.



Sebagai rekod, dari 15 pertemuan antara kedua pemain, Chen Long mempunyai kelebihan 1 kemenangan 8 berbalas 7. Dalam 4 pertemuan terakhir semua dimenangi Chen Long. Melihat kepada prestasi semasa agak sukar untuk Lee Chong Wei menyaingi pemain China itu.




Tahun 2013, Datuk Lee Chong Wei tewas 17-21,18-21 kepada Chen Long. Adakah keputusan sama bakal berulang?



Jadual lengkap perlawanan akhir badminton All England 2014


Waktu Malaysia GMT + 8


Siaran Langsung Perlawanan Akhir Badminton All England

9 Mac 2014 (Ahad)

Bermula jam 8.00 pm waktu Malaysia

Astro Supersport 4 (817)


Jadual perlawanan Lee Chong Wei vs Chen Long sekitar jam 11.30 pm - 12.00 am


Visual Live Score di sini 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Live Astro Lee Chong Wei vs Chen Long Final Badminton All England 9 Mac 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets