Home » , , » Capital One Cup : Chelsea Bersungguh Layak Menang | Manchester United Hebat

Capital One Cup : Chelsea Bersungguh Layak Menang | Manchester United Hebat

Penulis: Que | Kategori: , ,

Hebat.. Kedua pasukan mempamerkan komitmen yang tinggi untuk memenangi perlawanan Piala Capital One Pusingan ke-4 awal pagi tadi. 

Chelsea akhirnya menang 5-4 dengan perlawanan ditamatkan selepas 120 minit. Revenge ?? Desperate??  Mungkin ;)


Keputusan Piala Liga Capital One Carling Cup League Cup 2012 2013 Manchester United vs Chelsea,Highlight perlawanan Chelsea vs Manchester united,piala capital one pusingan kelima,waktu malaysia


Manchester United melakukan 10 pertukaran dalam first 11 dengan Giggs mengetuai skuad ke-2 United yang dibarisi Lindegaard, Rafael, Keane, Wootton, Buttner, Nani, Anderson, Welbeck, Fletcher dan Chicharito.

Banyak perkara yang boleh didapati dalam perlawanan Piala Liga 4th round antara Chelsea dan Manchester United.


Rafeal kekal dalam kesebelasan utama

Seperti biasa Sir Alex akan rotate player dalam perlawanan midweek. Ini sebagai persediaan sebelum bertemu Arsenal pada hari Sabtu nanti. Pemain utama seperti Van Persie, Rooney, Ferdinand, Evans, Valencia, Carrick, Scholes, De Gea dan Evra direhatkan supaya lebih fresh menentang skuad Arsenal. Tindakan tepat dari manager.


Kombinasi pemain muda dan pengalaman

Giggs menjadi kapten yang disegani dalam perlawanan awal pagi tadi. Berusia 39 tahun pada 29 November 2012 dan bermain dalam 120 minit perlu dicontohi oleh pemain lain. United gamble untuk menurunkan pemain pertahanan remaja Micheal Keane, 19 dan Wootton, 20 yang bermain baik ketika menentang Newcastle dalam pusingan ketiga.





Stadium Stamford Bridge

Bermain away dari Old Trafford memberi tekanan yang lebih kepada pemain muda. Kesilapan Wootton dalam minit terakhir perlawanan akhirnya membawa padah kepada Manchester United. Fokus pemain muda akan lebih terjejas pabila bermain di tempat lawan lebih-lebih lagi dalam masa 120 minit. Gol Sturridge juga berpunca daripada tandukan lemah Wootton kepada Lindegaard yang mudah disambar penyerang Chelsea bagi meletakkan Chelsea di depan buat pertama kali.


Counter Attacking Style

Pastinya ramai yang tidak menjangkakan skuad muda ini mampu menjaringkan 4 gol di Stamford Bridge. Dan fakta yang jelas Manchester United mendahului perlawanan sebanyak 3 kali!! Gol Giggs (2) Chicharito dan Nani bagaimanapun gagal membawa United ke pusingan ke-5 Piala Capital One. Gol tercantik perlawanan yang terhasil dari gerakan one-two Nani dan Anderson dan lob menewaskan Cech cukup menarik.


Chicharito terasing

Bermain sebagai lone striker amat sukar bagi mana-mana penyerang bertubuh kecil. Dapat kita lihat Chicharito agak terasing ketika di awal permainan apabila Welbeck dan Nani gagal melorongkan bola ke dalam kawasan penalti. Sebaliknya banyak percubaan jarak jauh di luar kawasan penalti untuk menguji Peter Cech. Chicharito pula terpaksa turun ke bawah dan berada di bahagian sayap untuk mendapatkan bola bagi melakukan serangan.






Nani tidak konsisten

Persembahan Nani pada awal musim melayakkan beliau memanas bangku simpanan sekembalinya Valencia daripada kecederaan. Selain dari gol cantik yang meletakkan United di depan dengan 3-2, Nani dilihat gagal menyinar di sayap kanan. Chelsea menggunakan peluang untuk menyerang dari sebelah kiri mereka kerana Nani lebih banyak bertahan.  Kesilapan paling besar Nani pada masa tambahan ketika Chicharito sudah mengawal bola untuk melengahkan masa (ketika ini United leading 3-2 dengan baki masa 1 minit), keputusan Nani untuk menggelecek pemain Chelsea di hadapan kotak penalti amat mengecewakan yang akhirnya membolehkan Chelsea melakukan counter attack yang menghasilkan sepakan penalti dan gol penyamaan 3-3. Sebaliknya sebagai antara pemain berpengalaman dan dalam situasi pasukan sedang mendahului, tidak perlu terlalu bijak dan menjadi hero. Hanya perlu membuat try sekuat hati (supaya bola pegi jauh dari kawasan United) atau bawa bola ke sudut padang untuk memberi tekanan kepada pemain Chelsea.


Pertukaran posisi dan pemain

Tidak pasti kenapa Alex Buttner dikeluarkan pada waktu rehat. Mungkin kerana kesilapan menghadiahkan sepakan penalti yang membolehkan Chelsea menyamakan kedudukan. Selain dari itu, manager turut menukar posisi Rafael dari sebelah kanan ke kiri dan Fletcher dari defensive mid ke right back. Hasilnya pemain Chelsea Cesar Azpilicueta dengan mudah meloloskan diri dan hampir menyamakan kedudukan kerana tiada kawalan di sebelah kiri. Hakikatnya pabila kita meletakkan pemain yang tidak familiar dengan posisi itu, akan menyebabkan out of position berlaku. Sebaik sahaja Anderson dikeluarkan, United nampak kurang bertenaga untuk mengawal bahagian tengah.


Chelsea turunkan pemain utama

Melihat senarai line-up di awal perlawanan, mungkin ramai yang berpendapat Chelsea akan menang mudah. Cech, Azpilicueta, Cahill, Luiz, Bertrand, Romeu, Mikel, Mata. Piazon, Moses dan Sturridge nampak lebih menyakinkan berbanding skuad muda United. Sebelum berakhir masa 90 minit, mereka terdesak memasukkan tiga pemain utama seperti Ramires, Hazard dan Oscar sekaligus menjadi trio yang memulakan kebangkitan The Blues. Pertahanan United agak sukar mengawal kelibat Mata, Hazard dan Oscar yang sering bertukar posisi. Chelsea nampak lebih garang di akhir permainan dan menunjukkan kesungguhan untuk memenangi perlawanan tersebut.






Kelebihan satu gol belum selamat

Manchester United leading 3 kali dan 3 kali juga pasukan Chelsea menyamakan kedudukan hingga mengheret perlawanan ke masa tambahan. Ketika mendahului 3-2 United berpeluang menjarakkan jurang gol tetapi peluang disia-siakan Chicharito yang merembat melepasi palang gol yang terbuka luas. Chelsea bagaimanapun bijak menghukum pertahanan muda United dengan jaringan 2 gol bagi meletakkan pasukan mereka dalam keadaan selesa mendahului 5-3 sebelum Giggs merapatkan jurang menerusi sepakan penalti.


United kalah bermaruah

Kesimpulannya, Manchester United bermain dengan baik di Stamford Bridge. Mengambil kira faktor pengalaman dan tekanan perlawanan pusingan kalah mati, pujian harus diberikan kepada pemain muda United. Chelsea mungkin berpeluang menang dalam 90 minit jika peluang terhidang disudahkan dengan baik. Kesilapan Wootton akan memberi pengajaran sebelum menjadi pemain yang lebih hebat. Syabas untuk perlawanan yang cukup menarik. Kekalahan ini mungkin mengecewakan pemain muda yang menanti saat untuk beraksi dalam kesebelasan utama bersama Manchester United.


Dari sudut positif Manchester United boleh fokus kepada pertandingan EPL, Champions League dan FA Cup kerana apabila masuk pusingan separuh akhir Piala Liga dalam bulan Januari akan ada 2 perlawanan yang akan menggangu jadual EPL. Oleh kerana masalah tersebut Sir Alex terpaksa rotate pemain untuk mengelakkan kecederaan atau kepenatan.



Highlight Perlawanan Pusingan 4 Piala Capital One | Chelsea vs Manchester United






Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Capital One Cup : Chelsea Bersungguh Layak Menang | Manchester United Hebat "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets