Showing posts with label duit. Show all posts

 

Jumlah Kiraan Dividen Dan Bonus ASB 2015 | Pembayaran Januari 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

DIVIDEN 7.25 % | BONUS 0.50 % 

Gambar : Astro Awani

Bagi pemegang saham Amanah Saham Bumiputera (ASB), anda akan menerima dividen sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit untuk tahun 2015. Jika dilihat dari rajah di atas, tahun 2015 ada sedikit penurunan dividen sebanyak 0.75 sen seunit. Jadi jumlah keseluruhan dividen dan bonus tahun 2015 adalah 7.75 sen seunit bersamaan 7.75 %.



Ramai yang sudah tertanya-tanya bila tarikh pembayaran atau pengeluaran bonus dividen untuk tahun 2015. Pengagihan akan dikredit secara automatik ke dalam akaun pemegang saham pada Januari 2016. Semua transaksi untuk ASB dibekukan sehingga 4 Januari 2016 untuk tujuan pengiraan dan pengagihan pendapatan.



Dalam keghairahan kita untuk mengeluarkan dividen dan bonus ASB jangan lupa zakat pendapatan 2.5% yang wajib dibayar. Kalau menyimpan di Tabung Haji perkara ini sudah dipotong awal-awal. Gaji penjawat awam akan dibayar pada 21 Januari 2016 (Khamis) dan dikhabarkan bantuan khas RM500 akan dimasukkan lebih awal.


Cara kiraan ABS sebenar : Klik sini 

Cara mudah kira dividen sahaja : Klik sini

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Bonus Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2015 Penjawat Awam

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

DUIT RAYA RM 500


Dapatkan Sampul Duit Raya 2015 Design Eksklusif Frozen Upin Ipin [Klik]

Akhirnya berita yang dinantikan semua penjawat awam menjadi kenyataan. Minggu lepas kecoh di laman sosial mengenai bonus RM 1000 yang akan diterima pada tahun ini. Info tersebut didapati adalah palsu. Jadi kepada mereka yang gemar menyebarkan berita palsu berhentilah. Tiada faedah kecuali publisiti murahan dan keseronokan yang sementara sahaja.



Tahun 2015 kini lebih mencabar ekoran pelaksanaan GST pada April lalu. Ramai pengguna yang menyuarakan kebimbangan tentang kenaikan harga sesetengah barang yang tidak masuk akal. Kerajaan telah bersetuju untuk meringankan beban rakyat khususnya penjawat awam bagi persediaan menyambut Hari Raya 2015.



Bagi mereka yang bekerja sendiri atau swasta mungkin ada bonus yang lebih banyak. Jika tiada pun, anda tentu sudah menyimpan perbelanjaan sempena musim perayaan. Tahniah kepada penjawat awam yang bakal menerima RM 500 dan pesara kerajaan RM 250 yang akan dibayar pada 25 Jun 2015.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tarikh Pembayaran Dividen & Bonus ASB Tahun 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

DIVIDEN 7.5 Sen | BONUS 1 Sen

Gambar : Astro Awani

Bagi pemegang saham Amanah Saham Bumiputera (ASB), anda akan menerima dividen sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit untuk tahun 2014. Jika dilihat dari rajah di atas, tahun 2014 ada sedikit penurunan dividen sebanyak 0.20 sen seunit. Jadi jumlah keseluruhan dividen dan bonus tahun 2014 adalah 8.50 sen seunit bersamaan 8.5 %.



Ramai yang sudah tertanya-tanya bila tarikh pembayaran atau pengeluaran bonus dividen untuk tahun 2014. Pengagihan akan dikredit secara automatik ke dalam akaun pemegang saham bermula 2 Januari 2015. Semua transaksi untuk ASB dibekukan dari 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015 untuk tujuan pengiraan dan pengagihan pendapatan.



Dalam keghairahan kita untuk mengeluarkan dividen dan bonus ASB jangan lupa zakat pendapatan 2.5% yang wajib dibayar. Kalau menyimpan di Tabung Haji perkara ini sudah dipotong awal-awal. Memandangkan gaji kerajaan sudah masuk semalam, duit ASB bolehlah jadi tambahan kepada perbelanjaan awal tahun nanti.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Caj Perkhidmatan Dan Tempoh Masa Pemindahan Wang Menggunakan IBG | Online Interbank Giro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TRANSAKSI ATAS TALIAN SEMAKIN MUDAH

proses interbank giro



Pernah dengar IBG atau Interbank Giro? Pernah buat transaksi dari satu bank ke bank lain secara 'online'? Pasti ramai antara kita yang dah tahu pasal ni kan. Pelaksanaannya dah lebih setahun tapi mungkin ada yang masih samar-samar berkenaan isu ini. Bagi pemindahan wang melalui bank yang sama tidak dikenakan sebarang caj.



Pada Mei 2013 Bank Negara mengumumkan kadar harga baru untuk semua transaksi 'online' dan pengeluaran cek. Tujuannya untuk menggalakkan penggunaan sistem eletronik berbanding dengan penggunaan kertas. Proses pemindahan juga sudah dikurangkan kepada 1 hingga 2 hari bekerja sahaja.



Caj baru untuk semua transaksi atas talian IBG adalah sebanyak RM 0.10 manakala untuk pengeluaran cek dikenakan tambahan RM 0.50 (bayaran proses) dan RM 0.15 (duti setem) menjadikan harga baru kepada RM 0.65. Bayaran proses cek dan duti setem ini hanya akan dikenakan pada pihak pengeluar sahaja.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Cara Mudah Nak Transfer Dan Keluar Duit Tanpa Kad ATM Maybank

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

MAYBANK JADI PERINTIS



Nampaknya dunia kita semakin canggih. Sekarang dah ada teknologi withdraw duit tanpa perlu pakai kad di mesin ATM. Maybank menjadi bank yang pertama menyediakan perkhidmatan yang mudah ni. Menarik kan.



Konsepnya, setiap pelanggan Maybank yang ada akaun Maybank2u boleh menghantar wang kepada sesiapa di negara ini sahaja menggunakan telefon bimbit. Penerima pula, boleh mengeluarkan tunai serta merta di mana-mana ATM Maybank tanpa perlu memiliki kad.



Maksudnya kalau parents duduk jauh yang nak transfer duit untuk anak mereka yang tinggal di asrama tapi takde kad ATM pun dah boleh sekarang. Kaedah ni berguna untuk kita yang mungkin berada di saat-saat kecemasan atau mungkin terlupa bawa kad ATM. Mintak tolong kawan ke siapa transfer duit dulu hehe..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/