Home » , , , , , » Cara Mudah Nak Transfer Dan Keluar Duit Tanpa Kad ATM Maybank

Cara Mudah Nak Transfer Dan Keluar Duit Tanpa Kad ATM Maybank

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

MAYBANK JADI PERINTIS



Nampaknya dunia kita semakin canggih. Sekarang dah ada teknologi withdraw duit tanpa perlu pakai kad di mesin ATM. Maybank menjadi bank yang pertama menyediakan perkhidmatan yang mudah ni. Menarik kan.



Konsepnya, setiap pelanggan Maybank yang ada akaun Maybank2u boleh menghantar wang kepada sesiapa di negara ini sahaja menggunakan telefon bimbit. Penerima pula, boleh mengeluarkan tunai serta merta di mana-mana ATM Maybank tanpa perlu memiliki kad.



Maksudnya kalau parents duduk jauh yang nak transfer duit untuk anak mereka yang tinggal di asrama tapi takde kad ATM pun dah boleh sekarang. Kaedah ni berguna untuk kita yang mungkin berada di saat-saat kecemasan atau mungkin terlupa bawa kad ATM. Mintak tolong kawan ke siapa transfer duit dulu hehe..


Jom kita tengok cara-cara nak guna servis ni.

Menu Cardless Withdrawal

1. Login Maybank2u.

2. Select tab 'Accounts & Banking'.

3. Pilih menu Tranfers.

4. Cari kaedah 'Cardless Withdrawal' (tengok gambar di atas).

5. Klik 'Open Cardless Withdrawal'.


Jumlah maksimum sehari ialah RM 300 sahaja


6. Masukkan butiran yang diperlukan seperti nombor handphone penerima dan jumlah wang (RM 100, RM 200, RM 300).

7. Tick box 'Term & Conditions' pastu klik 'Continue'.

8. Request TAC dan confirm.



2 ID transaksi diperlukan sebelum anda boleh mengeluarkan wang dari mesin ATM


9. Penerima akan dapat ID transaksi pertama di telefon bimbit mereka manakala pemberi akan dapat ID transaksi kedua.

10. Pemberi perlu forwardkan ID transaksi kedua untuk digunakan oleh pihak penerima.

11. Pihak penerima perlu memasukkan kedua-dua ID tadi di mesin ATM Maybank dengan menekan butang di paparan sentuh dan ikut arahan yang disediakan.




Setel masalah. Cuma part 2 ID transaksi agak keliru sket. Tapi tujuannya hanya untuk keselamatan. So boleh lah cuba dulu sebelum servis ni dikenakan caj RM 1 bermula 1 Mac 2014.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

7 Responses to " Cara Mudah Nak Transfer Dan Keluar Duit Tanpa Kad ATM Maybank "

  1. titan Says:

    ohhh..macam ini rupanya. baru la aku tahu.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Denaihati Says:

    sangat memudahkan lagi nak transfer duit sekarang, akan datang rasanya bank lain akan ikut juga,

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  3. Que Says:

    @titanbole la try nanti

  4. Que Says:

    @Denaihatipersaingan sihat yg menguntungkn pengguna

  5. aisyah Says:

    macam mana kalau kita nak bank in tapi x de kad atm?

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  6. Adib Site Says:

    oh baru tahu cara ni.. thanks.

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  7. Que Says:

    @aisyah kalau nk bank in pkai CDM (Cash Deposit Machine) je. Tapi kne ingat no. akaun la

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets