RM 500 UNTUK PENJAWAT AWAM | RM 250 UNTUK PESARA
Alhamdulillah. Syukur dengan pengumuman Perdana Menteri semalam. Kerajaan dengan bermurah hati akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.
Selain dari penjawat awam, bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai 2014 ke dalam akaun masing-masing.
Jadi kepada mereka yang akan terima duit tu jangan terlalu boros. Sepatutnya persiapan kewangan dah dilakukan lebih awal. Bantuan khas ini hanya untuk
top up mana yang kurang. Contohnya
duit raya untuk anak-anak, ibu bapa & perbelanjaan luar jangka.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq