Senarai Lokasi & Kawasan SPEEDTRAP Sepanjang Hari Raya 2013
Penulis: Que | Kategori: had laju , hari raya aidilfitri , isu semasa , jalan raya , jimat duit , lebuh raya , lokasi , perayaan , polis , saman , speedtrap , tips
JIMATKAN DUIT ANDA
Sepanjang musim perayaan Aidilfitri 2013, pihak polis melancarkan Ops Selamat yang bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dan kes pecah rumah. Bagi yang bakal pulang ke kampung sila pastikan keadaan rumah anda berkunci dan diawasi CCTV. Sila patuhi had laju Jalan Persekutuan dan Negeri yang diturunkan kepada 80km/j.
Aku ada terbaca komen dan perbincangan pasal kenapa perlu had laju diturunkan. Melambatkan perjalanan lagi adalah. Sebenarnya peraturan tu dibuat bersebab. Yang paling mudah supaya nampak pihak berkenaan melakukan kerja. Yang keduanya dapat mengurangkan kadar kemalangan maut.
Kalau ikut logiknya pun, penurunan 10 km/j tidak menjejaskan masa perjalanan anda. Ambil contoh yang senang. Katakan 1 km kalau dipandu 90 km/j boleh ambil masa 5 saat (contoh). Tapi kalau dipandu 80 km/j mungkin ambil masa 6-7 saat. Secara teorinya jika jarak perjalanan korang dalam 40 km bezanya korang akan sampai lewat dalam 2 minit je (2 saat x 40 km). Perlu diingat had laju 80 km/j hanyalah di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri sahaja. Tidak termasuk lebuh raya (highway).
Ok lah cerita panjang pun, tak semestinya semua ikut kan. Lantak lah. Haha. Sebelum ni pun memang ramai yang langgar je. Pandai-pandai lah nak hidup lama.
Senarai Lokasi Panas Speedtrap Hari Raya 2013
PLUS Arah Utara (Dari KL)
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul-betul di R&R Gurun
13- 2 km selepas tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang
PLUS Arah Selatan
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul-betul di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng Utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul-betul di exit Sedenak
PLUS Tengah
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul-betul di exit Bukit Lanjan
3- Betul-betul di bawah Restoran Jejantas Sg. Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296. 5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul-betul di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul-betul di exit Shah Alam
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul-betul di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul-betul kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
Tips nak detect speedtrap boleh gunakan aplikasi Waze (Android & Apple)
Tutorial cara nak guna Waze ada di sini [Klik]
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..