Showing posts with label had laju. Show all posts

 

Senarai Lokasi Speed Trap Cuti Tahun Baru Cina 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ELAKKAN DARI  KENA SAMAN



Sepanjang musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi bersepadu dengan menggunakan pendekatan penguatkuasaan, kejuruteraan dan pendidikan bertujuan mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya. Mereka akan dibantu seramai 1,270 ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) sepanjang kempen tahun ini.



Skuad sukarelawan itu membantu 254 pasukan anggota JPJ mengambil gambar dan merekodkan nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas. Kenderaan barangan dilarang memasuki jalan raya pada 29 dan 30 Januari iaitu dua hari sebelum Tahun Baru Cina, dan 8 dan 9 Februari, dua hari selepas perayaan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan.



Selain itu, penurunan had laju bagi jalan persekutuan dan jalan negeri sebanyak 10km/j akan berkuatkuasa sehingga 7 Februari ini. Bersiap sedialah anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Laporan Siasatan : 6 Punca Tragedi Nahas Kemalangan Bas Di Genting Highlands

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MEMANG BAS DIPANDU LAJU

GAMBAR KEMALANGAN NGERI BAS TERJUNAM DI GENTING HIGHLANDS, BERAPA PUNCA TRAGEDI KEMALANGAN DI GENTING HIGHLANDS 21 OGOS 2013
Kredit : Berita Harian Online

Laporan lengkap siasatan tragedi kemalangan ngeri di Genting Highlands akhirnya menjadi jawapan apakah punca sebenar bas terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter itu. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) menyatakan terdapat 6 punca bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.



Pertama : Bas dipandu melebihi 50 km/jam ketika menuruni bukit



Kedua : Kekurangan kecekapan fungsi brek akibat keadaan lapisan brek yang haus pada kedua-dua roda hadapan bas dan kemungkinan kegagalan fungsi halangan mengakibatkan bas gagal diperlahankan ketika menghampiri selekoh tajam di lokasi kemalangan



Ketiga : Lokasi ‘Truck Escape Ramp’ (TER) terlindung oleh geometri jalan dan maklumat pada papan tanda yang tidak tepat menyukarkan pemandu untuk menggunakan TER disediakan bagi mengelak kenderaan terhumban ke gaung.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Lokasi & Kawasan SPEEDTRAP Sepanjang Hari Raya 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JIMATKAN DUIT ANDA

lokasi speedtrap sempena hari raya 2013, kawasan speedtrap hari raya aidilfitri 2013, berapa had laju di jalan raya 2013, cara nak detect speedtrap dengan mudah


Sepanjang musim perayaan Aidilfitri 2013, pihak polis melancarkan Ops Selamat yang bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dan kes pecah rumah. Bagi yang bakal pulang ke kampung sila pastikan keadaan rumah anda berkunci dan diawasi CCTV.  Sila patuhi had laju Jalan Persekutuan dan Negeri yang diturunkan kepada 80km/j.



Aku ada terbaca komen dan perbincangan pasal kenapa perlu had laju diturunkan. Melambatkan perjalanan lagi adalah. Sebenarnya peraturan tu dibuat bersebab. Yang paling mudah supaya nampak pihak berkenaan melakukan kerja. Yang keduanya dapat mengurangkan kadar kemalangan maut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Kadar Diskaun & Rebat Tol Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DISKAUN 5 % HINGGA 37.5 %


DISKAUN DAN REBAT TOL CUTI AIDILFITRI 2013, SENARAI LEBUH RAYA YANG BAGI DISKAUN,diskaun tol hari raya 2013,diskaun lebuhraya 2013


Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 yang bakal menjelang tak sampai seminggu lagi, sebanyak 22 lebuh raya di seluruh negara bakal memberikan diskaun dan rebat kepada pengguna yang ingin pulang ke kampung. Dikhabarkan diskaun dari 5 % hingga 37.5 %. Dari jumlah itu, 17 lebuh raya akan memberikan diskaun bermula 7 hingga 9 Ogos 2013.


Dapatkan Sampul Raya Percuma Di Sini [Klik]


Bagi 5 lagi lebuh raya kendalian PLUS, pengguna KELAS 1 (kenderaan ringan) yang membayar secara elektronik akan ditawarkan rebat 20 % pada 5 dan 6 Ogos serta 14 dan 15 Ogos nanti. Kalau dengar pasal diskaun semua akan berebut untuk balik kampung pada hari-hari tersebut. Rancang pemanduan anda. Jangan kerana diskaun yang tak seberapa nyawa pula melayang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/