Showing posts with label tahun baru cina. Show all posts

 

Senarai Diskaun Rebat Tol Lebuhraya Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JOM BALIK KAMPUNG 



Sempena cuti Tahun Baru Cina 2016, beberapa syarikat konsesi bermurah hati memberi diskaun tol 10% dan rebat 30% mengikut lebuhraya terpilih. Kepada yang kebetulan menggunakan jalan tersebut pada hari Isnin akan menikmati diskaun.


Kebanyakkannya sudah pulang ke kampung dan disebabkan itu syarikat konsesi ini berani mengenakan diskaun. Kadar rebat dan diskaun boleh disemak dalam jadual di bawah.


Highway Terlibat
Kadar Diskaun
Masa
KESAS
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
LDP
60 sen
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
SPRINT
20 sen
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
DUKE
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
LPT 1 (ETC)
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
Karak (ETC)
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
SDEB
10%
8 Feb 2016 (6.00 am) – 9 Feb 2016 (6.00 am)
MEX
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
Grand Saga
10%
8 Feb 2016 (12.01 am – 11.59 pm)
Highway Terlibat
Kadar Rebat
Masa
PLUS
30%
4, 11 & 15 Februari 2016



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Diskaun dan Rebat Tol 18 Lebuhraya Tahun Baru Cina 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DISKAUN 5 - 37.5 %


Jadual Balik Kampung PLUS Tahun Baru Cina [Klik]

Berikut adalah senarai lebuhraya dan kadar diskaun atau rebat tol sepanjang perayaan Tahun Baru Cina 2015:


Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)


Rebat 30 % bagi perjalanan melebihi 100 km kepada pengguna kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada 16 dan 23 Februari 2015.

Rebat 20 % bagi perjalanan melebihi 100 km kepada pengguna kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada 17. 18, 21 dan 22 Februari 2015.


Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)


Diskaun kadar rata 60 sen untuk semua kenderaan yang membayar secara tunai dan elektronik pada 19 Februari 2015.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Lokasi Speed Trap Cuti Tahun Baru Cina 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ELAKKAN DARI  KENA SAMAN



Sepanjang musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi bersepadu dengan menggunakan pendekatan penguatkuasaan, kejuruteraan dan pendidikan bertujuan mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya. Mereka akan dibantu seramai 1,270 ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) sepanjang kempen tahun ini.



Skuad sukarelawan itu membantu 254 pasukan anggota JPJ mengambil gambar dan merekodkan nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas. Kenderaan barangan dilarang memasuki jalan raya pada 29 dan 30 Januari iaitu dua hari sebelum Tahun Baru Cina, dan 8 dan 9 Februari, dua hari selepas perayaan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan.



Selain itu, penurunan had laju bagi jalan persekutuan dan jalan negeri sebanyak 10km/j akan berkuatkuasa sehingga 7 Februari ini. Bersiap sedialah anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/