Showing posts with label polis. Show all posts

 

Senarai Lokasi Speed Trap Cuti Tahun Baru Cina 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

ELAKKAN DARI  KENA SAMAN



Sepanjang musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi bersepadu dengan menggunakan pendekatan penguatkuasaan, kejuruteraan dan pendidikan bertujuan mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya. Mereka akan dibantu seramai 1,270 ahli Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) sepanjang kempen tahun ini.



Skuad sukarelawan itu membantu 254 pasukan anggota JPJ mengambil gambar dan merekodkan nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas. Kenderaan barangan dilarang memasuki jalan raya pada 29 dan 30 Januari iaitu dua hari sebelum Tahun Baru Cina, dan 8 dan 9 Februari, dua hari selepas perayaan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan.



Selain itu, penurunan had laju bagi jalan persekutuan dan jalan negeri sebanyak 10km/j akan berkuatkuasa sehingga 7 Februari ini. Bersiap sedialah anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[TERKINI] Kompaun Saman AES diturunkan kepada RM 150 | PDRM Ambil Alih

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

BAYAR SEGERA UNTUK ELAK KENAIKAN


SAMAN AES TURUN RM 150, GAMBAR AES DITURUNKAN, KADAR KOMPAUN TERBARU AES 2013, AES DI BAWAH PDRM

Cara mudah bayar saman [Klik]


Kompaun saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan bermula dari RM150 berkuatkuasa serta merta. Kadar ini bagaimanapun akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga maksimum RM300 sama seperti kaedah saman oleh PDRM.


Semakin lama anda menangguhkan untuk membayar kompaun itu, lebih banyak yang perlu dibayar. Bagi saman yang sudah dikeluarkan sebelum ini, kerajaan masih dalam proses perbincangan bagaimana kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut. Mungkin kurang adil pada mereka yang sudah menjelaskan bayaran saman AES sebelum ini.


Difahamkan, syarikat milik penuh kerajaan yang diperbadankan, AES Solutions Sdn Bhd (AES Solutions) akan mengambil alih operasi yang sebelum ini dikendalikan ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.  Entri berkaitan lokasi AES di seluruh Malaysia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Lokasi & Kawasan SPEEDTRAP Sepanjang Hari Raya 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JIMATKAN DUIT ANDA

lokasi speedtrap sempena hari raya 2013, kawasan speedtrap hari raya aidilfitri 2013, berapa had laju di jalan raya 2013, cara nak detect speedtrap dengan mudah


Sepanjang musim perayaan Aidilfitri 2013, pihak polis melancarkan Ops Selamat yang bertujuan mengurangkan kadar kemalangan dan kes pecah rumah. Bagi yang bakal pulang ke kampung sila pastikan keadaan rumah anda berkunci dan diawasi CCTV.  Sila patuhi had laju Jalan Persekutuan dan Negeri yang diturunkan kepada 80km/j.



Aku ada terbaca komen dan perbincangan pasal kenapa perlu had laju diturunkan. Melambatkan perjalanan lagi adalah. Sebenarnya peraturan tu dibuat bersebab. Yang paling mudah supaya nampak pihak berkenaan melakukan kerja. Yang keduanya dapat mengurangkan kadar kemalangan maut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tips bagaimana nak tau bila anda patut tukar ke lorong kiri

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

Dah lama rasa tak post pasal tabiat orang Malaysia masa bawak kereta. Entri lama pasal Tabiat pemandu jalan raya Part 1 dan Part 2. Boleh la baca untuk perkongsian pengalaman. Hari-hari aku menghabiskan masa 3 jam atas jalan raya. Maklumlah duduk kat KL ni. Sesak der..


Teorinya mudah aje. Semakin jauh anda tinggal dari tempat kerja semakin banyak kilometer dan jarak jalan yang anda anda akan lalu juga bertambah. Kebarangkalian untuk berlaku kemalangan dan kerosakan kereta pasti tinggi. Kalau lambat keluar seminit maka nada akan sampai lewat 3 minit. Begitulah perkiraannya untuk minit ke-5 dan seterusnya. Darab sahaja.



sumber : anekdot


Isu penggunaan lorong yang betul memang dah lama. Mungkin silibus sekolah memandu masih kurang berkesan. Sikap pemandu yang pentingkan diri sendiri (SELFISH) semakin merebak. Dalam bandar yang serba kalut dan pantas ni semua nak cepat tanpa memikirkan adab dan nilai murni ketika memandu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

LOKASI TERKINI KAMERA AES SELURUH NEGARA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

LOKASI KAMERA AES NEGERI PERLIS | KEDAH | PULAU PINANG | PERAK | KELANTAN | SARAWAK | SABAH | LABUAN | SELANGOR | KUALA LUMPUR | NEGERI SEMBILAN | MELAKA | JOHOR | PAHANG |TERENGGANU 


Nampaknya kerajaan begitu komited dan terdesak untuk mendidik pengguna jalan raya serta mengurangkan jumlah kemalangan di negara kita.


Pemasangan terkini kamera AES di seluruh negara : 561 buah untuk perangkap had laju dan 270 buah untuk lampu isyarat menjadikan jumlah keseluruhan KAMERA AES 831 buah.


Download AES Detector Untuk Android di sini

LOKASI KAMERA AES SELURUH NEGARA SPEED TRAP TRAFFIC LIGHT,PERANGKAP HAD LAJU

Adakah ini semua akan berhasil atau sekadar menambahkan koleksi saman pengguna jalan raya??

 Bagaimana dengan silibus sekolah memandu dan sikap semula jadi sesetengah pemandu Malaysia yang mula berubah menjadi kurang ajar setelah memegang stereng kereta??


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Sikap Pemandu Malaysia | Stereng Kereta Bukan 1 Isyarat

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

Hi semua, seperti dijanjikan blog KafeQue bakal disajikan dengan topik-topik hangat dan informatif..Back to the topik.. Perkara ni mungkin hari-hari kita dengar.. Kemalangan sana sini.. Pemergian orang tersayang.. Puncanya?? SIKAP pemandu Malaysia..



sikap pemandu di malaysia,bila masa nak bagi lampu isyarat signal,kesalahan di jalan raya,tak bagi signal sebelum belok tukar lorong
Kredit : Google


Saban tahun bilangan kereta akan bertambah disebabkan penambahan bilangan pemandunya..Kesesakan di bandar-bandar utama menjadi asam garam penduduk kota.. Tak hairanlah kalau ada yang sanggup keluar rumah seawal jam 6 pagi untuk elak trafik jam.. Terperangkap dlm trafik jam memang stress.. Lambat memang dah tentu.. Kaki nak tekan brek lama-lama pun leh krem..Hehe.. Mata kena fokus pada jalan dan kereta lain.. Kang terlanggar jadi 1 hal lain pulak kan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Hutang Saman Trafik Dah Langsai

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

Akhirnya aku dah bayar saman trafik yang sengaja ditangguhkan.. Sementara dorang buat diskaun ni elok la pegi bayar ye. Sekarang dah ada myeg, senang je (tp aku lupa password terpaksa guna akaun orang).. Aku ada 2 saman j sepanjang 5 tahun berkereta ni (ok la kot hehe).. Tapi aku malas nak bayar sebab rasa tak berbaloi langsung..
Semak saman anda melalui SMS
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728 (DAPAT)



cara nak bayar saman polis trafik,cara semak saman melalui sms myeg,kadar bayaran saman terbaru,kenapa orang susah nak bayar saman,lokasi panas perangkap had laju speed trap

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Lampu Isyarat Warna Hijau Kena Jalan? | Tips di Jalan Raya

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

Topik hari ini nampak ringkas tapi membawa seribu makna dalam kehidupan anda.. Saya pasti semua pembaca di sini pernah terjumpa lampu isyarat jalan raya.. Biasanya terdiri dari 3 warna iaitu hijau, kuning dan merah.. Walaupun ramai yang tahu akan maksud  isyarat tersebut, namun masih terdapat segelintir yang tidak mematuhinya..


makna lampu isyarat,kes lampu isyarat,tertib lampu isyarat,gambar lampu isyarat,kesalah di lampu isyarat,denda melanggar lampu isyarat

Hijau - Jalan.. Sekiranya selamat
Kuning - Bersedia untuk berhenti (Bukan tekan pedal minyak sampai habis)
Merah - Berhenti.. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/