Salam semua, Kalau sebelum ini penuh entri pasal bola je. Mesti yang pompuan (perasan la hek ko) bosan kan.. Hahaha.. Kali ni aku sisipkan entri pasal hiburan dan jalan-jalan untuk tatapan pengunjung setia mahu pun yang tersesat datang ke Kafe Que. Last week aku ke Penang atas Urusan Seri Paduka Baginda (maksudnya penting la ni) and stay at Paradise Sandy Beach Resort, Tanjung Bungah.
Pulau Pinang aka Pulau Mutiara
Trivia : Bandar George Town, Pulau Pinang telah diwartakan sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008
Petang hari pertama aku pun berjalan di tepi pantai dengan harapan dapat melihat pemandangan yang 'indah'. Tengah syok2 main pasir tiba2 ternampak pelakon hot Liyana Jasmay. "Aik, die pun tido sini ke? Macam tau2 aku nak datang plak" Namun sangkaan aku meleset. Rupanya krew produksi Papadom 2 sedang setup lokasi tuk shooting 1 babak dalam filem tu. Antara artis lain yang aku kenal Bob Kuman, Afdlin Shauki (Pengarah ni), Pete Teo (pelakon cina 2) & Khir Rahman.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq