Layan Lok Ching di Kelantan | PC Fair 2011 28 - 30 Julai
Penulis: Que | Kategori: ict , kelantan , pc fair , personal , travel
Hai semua. Semalam aku dah sampai Kelantan, tempat lahir aku 21 tahun yang lepas (21 ke??).. Outstation 4 hari di Renaissance Hotel, Kota Bharu. Ni dah kali ke-2 aku datang Kelantan dalam tahun 2011. Dan makanan yang aku akan cari dulu is 'Lok Ching' atau sate ikan. Orang Kelantan tau la kot. Mase kecik-kecik aku penah makan pas balik sekolah kat Kedah dulu. Pastu dah tak jumpa sampai lah 18 tahun lepas tu. Lama kan.
Lok Ching ni rasa dia macam keropok lekor gak sebab ikan kan.Tapi yang best sebab sos atau kuah dia tu.. ada manis (sbb orang Kelantan suke manis-manis) dan pedas. Kat KL aku lom penah jumpa lagi. Orang cakap kat Cheras ada.. Korang kalau jumpa Lok Ching ni eloklah try. Tak rugi. Harga pulak tengok tempat. Kalau kat bandar ni secucuk 20 sen. Kat tempat lain RM 1 boleh dapat 7-10 cucuk.
Jom tengok ape benda Lok Ching ni..
Lok Ching ni kene bakar dalam masa 1-2 minit
Ni time pukul 7pm. Kejap je nanti habis la stok tu
Lok Ching dengan kuah pedas..nyum3
Ok tu je nak share pasal Lok Ching kat Kelantan ni. Sekali cuba pasti nak lagi dan lagi...
PIKOM PC FAIR 2011 | Kelantan Trade Centre | 28 - 30 Julai 2011
Macam kebetulan pulak timing aku ke Kelantan kali ni. Boleh ada PC Fair kat sini. Last week aku baru serang PC Expo kat PWTC. Macam-macam barang diorang lelong. Harga pulak lagi murah dari market price (tengok kat sini).. Kalau ada masa insyaAllah aku akan singgah tengok barang-barang best. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.pikom.my. Banyak hadiah menarik disediakan.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
July 27, 2011 at 6:44 PM
owh depan Renaissance ada ek?? nanti balik klate nak cari..
[Reply to comment]dulu ada dekat depan umah tok dekat Pasir Tumbuh tu..
kami balun sampai RM20 sekali beli hari tu..
sebatang seposen, so semua sekali 200 batang..
yang lagi naya, sesambil bakar tu, sis intebiu pakcik tu pasal lokching dan tanya kenapa boleh jual murah sangat..dia cakap dah kat kelantan tu ramai meniaga, so takleh nak demand harga lah..
yang lebbih sadis, lepas pada hari tu, pakcik tu dah tak meniaga dah. Tak tahulah dia ke mana, sakit ke apa ke.. Nasib baik jumpa port baru kat Airport Pengkalan Chepa..best!!! Besar!
Kalo lok ching kat Kuantan ni, xbest..sebab banyak tulang dan kuah pun cair.
July 27, 2011 at 7:43 PM
sis dahlia : sblh renaissance dpn billion..tp kt cni mahal gak..sebatang 20 sen..dlu rse cam singgit dpt 7..hoho..tp time gi kt pengkalan kubur seposen plak..tgk tmpat kot..tp mmg murah kan seposen 2..kt tmpt lain cm xlogik plak..
mak ai beli RM20..sy plg byk pnh beli RM5 je..hmpir sume sy mkn..hahaha..ketagih lok ching ;)
July 27, 2011 at 10:06 PM
er..belom pernah try r..hehe..nanti nak coba juga benda nie,,,,
[Reply to comment]July 27, 2011 at 10:11 PM
ni makanan sy kecik2 dlu..kt jb banyak
[Reply to comment]July 27, 2011 at 10:14 PM
wow..best nie..nanti nak try r juga.hehe....
[Reply to comment]July 28, 2011 at 6:39 AM
wah first time dengar nama makanan ni..tak pernah jumpa pn sebelum ni..kirim ar dua tiga batang kat sini hihi
[Reply to comment]July 30, 2011 at 4:59 PM
JR : kat KL xbyk mknn ni..
aida : yeke..kt area mne ek??danga bay ke??hehe
Fit : hak3..xsedap klu pos2. kne layan live bru masyuk ;p