Home » , , , , , , , , » Terima Kasih | Ucapan Ringkas Tapi Penuh Makna

Terima Kasih | Ucapan Ringkas Tapi Penuh Makna

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Seperti ada pihak pengurusan atasan membaca luahan isi hati aku terdahulu (perasan betol la).. Biasanya doa orang yang dianiaya ni dimakbulkan.. Hehehe.. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan JUTAAN terima kasih kerana merombak struktur unit baru.. Kini aku boleh  fokus lebih kepada kerjaya aku sebagai perunding ICT serta kerja-kerja yang melibatkan penghasilan karya kreatif.. Thanks a lot.. Minggu ni aku sangat bz sebab dapat job baru berprofil tinggi.. Ada jugak orang percaya pada bakat kurniaan Allah yang tak seberapa ni..



gambar terima kasih, gambar thank you comel, GAMBAR PERKATAAN TERIMA KASIH
Gambar : Google



Topik kali ni akan fokus kepada ucapan "Terima kasih" atau "Thanks You" .. 2 patah perkataan je pun.. Tapi still ada orang yang susah nak sebut.. Tapi bila mencarut, Fark U-Turn, Demm, Bab1, Bulldog, Sheet sume kuar. Ringan je mulut.. Kes ni selalu terjadi bila kita mintak tolong, diulangi mintak tolong. Tolong ni terpulang pada individu tu la..Kalau nak tolong kira bagus, kalau tak dapat tolong tak kan nak paksa pulak.. Yang jadi masalahnya bila ada orang yang tak reti nak cakap terima kasih bila orang dah susah-susah tolong buat kerja dia. Dah la bukan kerja hakiki. Sebab ada kuasa dia boleh suruh orang lain buat..Bila lawan dia cakap "I'm Your Boss".. Terima kasih sebab buat taik kat aku. Sekarang aku lancar perang dengan team korang..



Gambar : Google




Bila dah jadi camtu aku pun da malas nak amik tau pasal orang camni. Aku macam biasa r, tak nak demand hadiah Laptop Dell Vostro Pengarah, tak perlu gak bagi Projektor NEC sebijik sebab usaha aku tu.. At least bagi la kredit orang dah susah payah collect data untuk korang. Last-last dah dapat ko wat tak tau jek. Bila benda tak cukup pandai pulak ko datang cari aku. Kenapa?? Dah takda kambing hitam dah ke nak suruh jadi kuli?? Jangan salah guna kuasa beb.. Pangkat tu sementara je.. Ada master ingat dah hebat sangat ke?? Dah ucap "Terima kasih" pada yang beri peluang belajar dan tanggung semua perbelanjaan buat master tu?? Aku ni hanya pekerja picisan.. Hanya mampu menulis blog..





Hayati lirik lagu ini



Ok cukuplah pasal sejarah kerja aku dahulu.. Sekarang aku di bawah pentadbiran baru yang takde nak tunjuk hebat. Jelas hala tuju. Kalau sebelum ni struktur lama suka sangat amik kerja orang sebab nak show off kat boss besar yang dia mampu buat.. Last-last yang jadi mangsa anak buah jugak.. Nak capai KPI supaya senang nak dapat Anugerah Cemerlang kekdahnya. Penghargaan kadang-kadang perlu supaya orang tu rasa semangat untuk buat lebih baik.. Kalau orang lain boleh hargai aku, kenapa kau tak boleh?? Welcome my new leader. Aku akan berkhidmat selagi aku diperlukan.. Mungkin tahun ni tahun terakhir aku di bahagian.. Banyak yang aku dah belajar especially dlm dunia IT.. Thanks pada semua yang banyak membantu.



Gambar : Google



Terima kasih boleh diucapkan melalui pelbagai cara. Ucapan lisan paling mudah.. Juga boleh disampaikan melalui sms, laman sosial, emel. Dalam keadaan tertentu boleh disampaikan melalui isyarat contohnya di atas jalan. Ketika sesebuah kenderaan memberi anda laluan. Bolehlah angkat tangan (bukan kena bayar pun). Ataupun waktu malam orang akan bagi high beam. Mudahkan.. Ucaplah terima kasih kerana kita perlu menghargai budi dan jasa baik seseorang. Terutamanya ibu bapa dan guru anda. Tanpa mereka anda tidak akan berada pada kedudukan sekarang. Jangan sombong dan riak.. Suatu hari nanti orang yang digelar pekerja picisan ni jugak yang ko nak harapkan.. Buat sahabat-sahabat aku, terima atas sokongan yang diberikan..


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Terima Kasih | Ucapan Ringkas Tapi Penuh Makna "

  1. TAYAR PANCIT Says:

    hai saye da flow belog awak :)
    follow me back eh @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/hall-of-fame-formula-one-world-drivers.html

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Que Says:
    This comment has been removed by the author.

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets