NO COMMENTS
JADUAL PERJALANAN BALIK KAMPUNG PLUS | HARI PEKERJA DAN HARI WESAK 2015
Penulis: Que | Kategori: balik kampung , cuti , isu semasa , jadual , kamera aes , perayaan , plus , smarttag , speedtrap , touch n go , waze
SEMPENA CUTI PANJANG HARI BURUH DAN HARI WESAK 2015
Hari ini merupakan hari terakhir bagi kebanyakan mereka yang berkerja kerana hari esok bersamaan 1 Mei 2015 adalah Hari Pekerja!! Kebetulan ianya jatuh pada hari Jumaat dan Hari Wesak pula jatuh pada hari Ahad 3 Mei 2015, maka bagi kebanyakan negeri akan bercuti sehingga hari Isnin. Kalau ada yang ambil cuti pada hari ini atau Selasa boleh dapat 5 hari cuti.
Jadi untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan pulang ke kampung atau bercuti, PLUS telah mengeluarkan cadangan bagi mereka yang merancang menggunakan lebuhraya mengikut lokasi dituju. Berikut adalah jadual perjalanan yang dibahagikan mengikut waktu pergi dan pulang:
Waktu Pergi (30 April - 2 Mei)
Dari : Lembah Klang
Ke : Perlis dan Kedah (Kangar dan Alor Setar) serta ke Johor Selatan (Johor Baharu dan Kota Tinggi)
Masa : 6 am - 8 am
Dari : Lembah Klang
Ke : Pulau Pinang (Kepala Batas, Butterworth, Georgetown dan Bayan Lepas) dan Johor Utara (Batu Pahat, Segamat dan Muar)
Masa : 8 am - 11 am
Dari : Lembah Klang
Ke : Perak Utara (Taiping, Kuala Kangsar dan Gerik) dan Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka)
Masa : 11 am - 2 pm
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq