Laporan Siasatan : 6 Punca Tragedi Nahas Kemalangan Bas Di Genting Highlands
Penulis: Que | Kategori: had laju , isu semasa , jalan raya , kemalangan , kesalahan trafik , pemandu malaysia , peraturan , tabiat , tragedi
MEMANG BAS DIPANDU LAJU
Kredit : Berita Harian Online |
Laporan lengkap siasatan tragedi kemalangan ngeri di Genting Highlands akhirnya menjadi jawapan apakah punca sebenar bas terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter itu. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) menyatakan terdapat 6 punca bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.
Pertama : Bas dipandu melebihi 50 km/jam ketika menuruni bukit
Kedua : Kekurangan kecekapan fungsi brek akibat keadaan lapisan brek yang haus pada kedua-dua roda hadapan bas dan kemungkinan kegagalan fungsi halangan mengakibatkan bas gagal diperlahankan ketika menghampiri selekoh tajam di lokasi kemalangan
Ketiga : Lokasi ‘Truck Escape Ramp’ (TER) terlindung oleh geometri jalan dan maklumat pada papan tanda yang tidak tepat menyukarkan pemandu untuk menggunakan TER disediakan bagi mengelak kenderaan terhumban ke gaung.
Contoh Truck Escape Ramp di luar negara |
Keempat : Lorong jalan selebar 4.2 hingga 4.9 meter melebihi standard R4 (3.25 meter) menyebabkan peningkatan kecenderungan pemanduan melebihi had laju di kawasan itu.
Kelima : Penggunaan tembok ‘rubble wall’ dan penghadang jalan jenis TL-2 tidak sesuai sebagai penghadang keselamatan pada tahap tinggi (TL-6) kerana tidak dapat menjamin kenderaan terhumban dalam gaung.
Kod Amalan Keselamatan |
Keenam : Implikasi syarikat bas Genting Highlands Transport Sdn Bhd terhadap Kod Amalan Keselamatan.
Diolah dari sumber : Berita Harian
Malang memang tidak berbau. Tetapi wajarkah kita mempertaruhkan nyawa manusia lain hanya kerana sikap kita yang gemar melanggar peraturan jalan raya? Renungkanlah.
Koleksi entri berkaitan tabiat pemandu di Malaysia [Klik]
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..