Jadual Perjalanan Balik Kampung PLUS | Cuti Hari Raya Aidilfitri 2015
Penulis: Que | Kategori: balik kampung , cuti , hari raya aidilfitri , isu semasa , jadual , perayaan , plus , puasa , ramadhan , tol , waze
Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 17 dan 18 Julai 2015 ini, pihak PLUS telah mengeluarkan jadual perjalanan balik kampung untuk semua pengguna jalan raya. Tujuannya bagi memberi kelancaran lalu lintas kepada mereka yang bakal bercuti. Kalau boleh cuba ikut seperti mana yang telah dirancangkan.
Lebuhraya PLUS memang sudah terlalu padat bila cuti panjang. R&R juga tak mampu menampung jumlah penggguna yang semakin meningkat setiap tahun. Ramai yang pilih untuk bertolak lewat malam atau pun awal pagi untuk mengelakkan jem. Tapi waktu-waktu begitu lebih terdedah kepada kemalangan disebabkan keadaan cuaca yang gelap.
Jika semua dapat beri kerjasama dengan mematuhi jadual perjalanan pulang ke kampung lebih mudah. Jadi rancanglah perjalanan anda dengan baik supaya kita selamat pergi dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..