Showing posts with label karnival. Show all posts

 

Harga Bayaran Tiket Masuk Festival Floria Putrajaya 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SENARAI HARGA TIKET FLORIA PUTRAJAYA 2015


Tempah tiket online di sini

Karnival Floria Diraja Putrajaya 2015 akan bermula 30 Mei hingga 7 Jun depan. Seperti tahun sebelumnya, pihak penganjur akan mengenakan bayaran masuk ke festival berkenaan. Ini selaras dengan hasrat mereka untuk menjadikan program ini lebih eksklusif dan mampu menarik minat pelancong asing. Kaunter tiket akan mula dibuka pada hari ini dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. 



Berikut adalah senarai harga tiket Karnival Floria Putrajaya 2015


Dewasa : RM 5

Kanak-kanak : RM 1

Pelancong Asing : RM 10

Winter Garden : Tambahan RM 3



Bagi mereka yang berkunjung pada 30 dan 31 Mei mereka berpeluang untuk melihat persembahan bot sempena 'Magic of the Night' bermula jam 8.30 malam bertempat di Marina, Putrajaya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

AKTIVITI FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

FLORIA 2015 PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL



Festival Floria Putrajaya 2015 kembali lagi. Tahun ini merupakan edisi ke-8 acara seumpamanya dianjurkan. Bertemakan Bunga Lily dijangkakan lebih sejuta pengunjung akan hadir selama 9 hari berlangsungnya program. Floria Putrajaya 2015 akan bermula pada 30 Mei hingga 7 Jun dengan 50 penyertaan dari 28 negara. Lokasi acara bertempat di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.



Festival bunga terbesar ini sudah pasti menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara serta jurugambar. Tahun lepas lebih kurang 400,000 spesis bunga yang disajikan dan direka dalam pelbagai bentuk. Jualan bunga segar juga turut mendapat sambutan menggalakkan. Bunga Lily menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai spesies yang menghasilkan warna yang indah dan menarik.



Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Karnival Pesta Jom Beli Barang Raya Julai 2014 di Putrajaya

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

JOM SHOPPING RAYA

jualan barang raya kpdnkk


KPDNKK dan Perbadanan Putrajaya sekali lagi bekerjasama menganjurkan Karnival Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2014. Acara tahunan ini sememangnya ditunggu oleh warga kerja di Putrajaya sebagai destinasi pilihan membeli belah. Nak datang Jalan TAR mungkin jauh dan sesak dengan orang ramai.



Kalau tak perlu borong banyak cukuplah sekadar hadir ke Karnival Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2014. Nak cuci-cuci mata pun boleh. Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan antaranya sesi Cabutan Bertuah dan Jualan Happy Hour ( Harga Runtuh).



Karnival ini akan berlangsung selama 10 hari bermula 15 hingga 24 Julai 2014 bertempat di Dewan Sri Melati Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Okeh mungkin ada antara korang yang tak dapat bayangkan lokasi ni. Dekat Presint 3 ada Maybank berdepan dengan Istana Kehakiman (Palace Of Justice). Dewan tu terletak betul-betul besebelahan dengan Maybank.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/