Showing posts with label festival. Show all posts

 

Harga Bayaran Tiket Masuk Festival Floria Putrajaya 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

SENARAI HARGA TIKET FLORIA PUTRAJAYA 2015


Tempah tiket online di sini

Karnival Floria Diraja Putrajaya 2015 akan bermula 30 Mei hingga 7 Jun depan. Seperti tahun sebelumnya, pihak penganjur akan mengenakan bayaran masuk ke festival berkenaan. Ini selaras dengan hasrat mereka untuk menjadikan program ini lebih eksklusif dan mampu menarik minat pelancong asing. Kaunter tiket akan mula dibuka pada hari ini dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. 



Berikut adalah senarai harga tiket Karnival Floria Putrajaya 2015


Dewasa : RM 5

Kanak-kanak : RM 1

Pelancong Asing : RM 10

Winter Garden : Tambahan RM 3



Bagi mereka yang berkunjung pada 30 dan 31 Mei mereka berpeluang untuk melihat persembahan bot sempena 'Magic of the Night' bermula jam 8.30 malam bertempat di Marina, Putrajaya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

AKTIVITI FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

FLORIA 2015 PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL



Festival Floria Putrajaya 2015 kembali lagi. Tahun ini merupakan edisi ke-8 acara seumpamanya dianjurkan. Bertemakan Bunga Lily dijangkakan lebih sejuta pengunjung akan hadir selama 9 hari berlangsungnya program. Floria Putrajaya 2015 akan bermula pada 30 Mei hingga 7 Jun dengan 50 penyertaan dari 28 negara. Lokasi acara bertempat di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.



Festival bunga terbesar ini sudah pasti menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara serta jurugambar. Tahun lepas lebih kurang 400,000 spesis bunga yang disajikan dan direka dalam pelbagai bentuk. Jualan bunga segar juga turut mendapat sambutan menggalakkan. Bunga Lily menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai spesies yang menghasilkan warna yang indah dan menarik.



Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Festival Hari Belia Putrajaya 2015 | Jadual Program dan Aktiviti

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PAMERAN BAKAT



Kementerian Belia dan Sukan sekali lagi bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2015 bermula 22 hingga 24 Mei ini di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. Perubahan lokasi berhampiran Jambatan Gemilang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang indah sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.



Bertemakan 'Showcase Of Talent' atau 'Pameran Bakat', program kali ini menggalakkan pembangunan bakat belia. Mereka akan dibahagikan kepada empat zon  mengikut tema iaitu Zon Utara (Minda), Zon Timur (Aktif), Barat (Komuniti), Selatan (Seni dan Budaya). Terdapat 1 lagi zon baru yang diwujudkan iaitu Zon Lasak (Ekstrem).



Antara segmen yang akan diadakan sempena festival berkenaan adalah belia berselawatpameran pekerjaan, jualan dan pameran buku, pidato, larian zombi, seni mempertahankan diri, seni tarian dan banyak lagi. Aktiviti baru yang diperkenalkan adalah Fit Malaysia, kejohanan silat, Biz Valley dan persembahan mentor-mentor Rakan Muda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Penuh Aktiviti Festival Belia Putrajaya 23 hingga 25 Mei 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DARI BELIA UNTUK BELIA



Kementerian Belia dan Sukan bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2014 bermula 23 hingga 25 Mei ini di Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya. Festival ini akan menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2014 dan mengetengahkan konsep yang agak berbeza iaitu `lihat dan rasa' selari dengan citarasa anak muda masa kini.



Uniknya kali ini, festival yang diisi dengan 60 segmen itu akan dipecahkan kepada empat zon (utara, selatan, timur dan barat) dan memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan. Tema pada tahun ini adalah  'Dari Belia Untuk Belia' sekali gus menjadi medium terbaik untuk golongan belia mempamerkan bakat terpendam.



Antara segmen yang akan diadakan sempena festival berkenaan adalah pameran pekerjaan, jualan dan pameran buku, pidato, larian zombi, tilawah al-Quran, nasyid, pameran gajet, kejohanan futsal, kejohanan seni mempertahankan diri, peperangan bantal dan banyak lagi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/