Home » , , , , , , , , , , , » Jadual Penuh Aktiviti Festival Belia Putrajaya 23 hingga 25 Mei 2014

Jadual Penuh Aktiviti Festival Belia Putrajaya 23 hingga 25 Mei 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

DARI BELIA UNTUK BELIA



Kementerian Belia dan Sukan bakal menganjurkan program tahunan terbesarnya iaitu Festival Belia Putrajaya 2014 bermula 23 hingga 25 Mei ini di Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya. Festival ini akan menjadi kemuncak sambutan Hari Belia Negara 2014 dan mengetengahkan konsep yang agak berbeza iaitu `lihat dan rasa' selari dengan citarasa anak muda masa kini.



Uniknya kali ini, festival yang diisi dengan 60 segmen itu akan dipecahkan kepada empat zon (utara, selatan, timur dan barat) dan memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan. Tema pada tahun ini adalah  'Dari Belia Untuk Belia' sekali gus menjadi medium terbaik untuk golongan belia mempamerkan bakat terpendam.



Antara segmen yang akan diadakan sempena festival berkenaan adalah pameran pekerjaan, jualan dan pameran buku, pidato, larian zombi, tilawah al-Quran, nasyid, pameran gajet, kejohanan futsal, kejohanan seni mempertahankan diri, peperangan bantal dan banyak lagi.



Kelainan yang diperkenalkan pada penganjuran kali ini adalah program belia berselawat pada 22 Mei (Khamis) pukul 9 malam bertempat di pentas utama. Pada majlis itu ia akan disertai oleh ikon qasidah dan selawat daripada dalam dan luar negara.





Dapatkan jadual penuh aktiviti sempena Festival Belia Putrajaya 2014 di sini 



Lokasi Festival Belia Putrajaya 2014


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Penuh Aktiviti Festival Belia Putrajaya 23 hingga 25 Mei 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets