AKTIVITI FESTIVAL FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2015
Penulis: Que | Kategori: aktiviti , campaign , event , festival , floria , jadual , karnival , program , promosi , putrajaya
FLORIA 2015 PUTRAJAYA FLOWER & GARDEN FESTIVAL
Festival Floria Putrajaya 2015 kembali lagi. Tahun ini merupakan edisi ke-8 acara seumpamanya dianjurkan. Bertemakan Bunga Lily dijangkakan lebih sejuta pengunjung akan hadir selama 9 hari berlangsungnya program. Floria Putrajaya 2015 akan bermula pada 30 Mei hingga 7 Jun dengan 50 penyertaan dari 28 negara. Lokasi acara bertempat di Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya.
Festival bunga terbesar ini sudah pasti menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara serta jurugambar. Tahun lepas lebih kurang 400,000 spesis bunga yang disajikan dan direka dalam pelbagai bentuk. Jualan bunga segar juga turut mendapat sambutan menggalakkan. Bunga Lily menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai spesies yang menghasilkan warna yang indah dan menarik.
Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.
Lebih 300 aktiviti harian akan diadakan sepanjang festival itu berlangsung seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf.
Maklumat program
Nama Program : Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Tarikh : 30 Mei - 7 Jun 2015 (9 hari)
Masa : 9 am - 10.30 pm (Isnin - Khamis) / 9 am - 12 am (Jumaat - Ahad)
Tempat : Anjung Floria, Persint 4, Putrajaya ( Peta Google Maps )
Bayaran masuk : Dewasa RM 5 , Kanak-kanak RM 1
Koordinat GPS : 2.913841, 101.678955
Selamat mengunjungi Festival Floria Putrajaya 2015!
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..