Tarikh Pembayaran Dividen & Bonus ASB Tahun 2014
Penulis: Que | Kategori: asb , bonus , dividen , duit , jadual , pelaburan
DIVIDEN 7.5 Sen | BONUS 1 Sen
Gambar : Astro Awani |
Bagi pemegang saham Amanah Saham Bumiputera (ASB), anda akan menerima dividen sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit untuk tahun 2014. Jika dilihat dari rajah di atas, tahun 2014 ada sedikit penurunan dividen sebanyak 0.20 sen seunit. Jadi jumlah keseluruhan dividen dan bonus tahun 2014 adalah 8.50 sen seunit bersamaan 8.5 %.
Ramai yang sudah tertanya-tanya bila tarikh pembayaran atau pengeluaran bonus dividen untuk tahun 2014. Pengagihan akan dikredit secara automatik ke dalam akaun pemegang saham bermula 2 Januari 2015. Semua transaksi untuk ASB dibekukan dari 23 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015 untuk tujuan pengiraan dan pengagihan pendapatan.
Dalam keghairahan kita untuk mengeluarkan dividen dan bonus ASB jangan lupa zakat pendapatan 2.5% yang wajib dibayar. Kalau menyimpan di Tabung Haji perkara ini sudah dipotong awal-awal. Memandangkan gaji kerajaan sudah masuk semalam, duit ASB bolehlah jadi tambahan kepada perbelanjaan awal tahun nanti.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..