Home » , , , , , , , , , , , , » KEPUTUSAN AKHIR JUARA COPA AMERICA 2015 | CHILE

KEPUTUSAN AKHIR JUARA COPA AMERICA 2015 | CHILE

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ARGENTINA KECEWA LAGI


Keputusan penuh Copa America 2015 [Klik]

Sejarah besar terlakar di Stadium Santiago sebentar tadi apabila Chile yang juga bertindak selaku tuan rumah dinobatkan selaku juara Piala Copa America 2015! Alexis Sanchez menjadi wira negaranya apabila menyudahkan sepakan penentuan penalti dengan penuh bergaya menewaskan Romero.


Perlawanan agak hambar dengan insiden kecederaan Di Maria ketika permainan baru memasuki minit ke-29 mengubah rentak permainan Argentina. Messi yang dikawal ketat tiada ruang untuk merencanakan gerakan. Kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat 90 minit apabila peluang keemasan disia-siakan Higuain dalam masa kecederaan.



Masuk masa tambahan 30 minit kedua pasukan bermain dengan lebih hati-hati. Peluang terbaik diperolehi Alexis yang mengambil kesempatan di atas kesilapan Mascherano. Rembatan penyerang Arsenal itu bagaimanapun sedikit tersasar. Tiada jaringan dan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.



Chile berjaya menyudahkan semua sepakan penalti manakala Argentina gagal menyudahkan penalti yang diambil oleh Higuain dan Banega. Messi kelihatan begitu kecewa kerana ini merupakan final kejohanan besar kedua selepas Piala Dunia 2014.



Tahniah Alexis Sanchez, Arturo Vidal, Claudio Bravo dan pemain Chile yang lain atas usaha keras mereka. Ternyata kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri dan komitmen disiplin yang ditunjukkan memberikan trofi Copa America 2015.


Keputusan Akhir Copa America 2015

Juara : Chile
Naib Juara : Argentina
Ketiga : Peru
Keempat : Paraguay

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " KEPUTUSAN AKHIR JUARA COPA AMERICA 2015 | CHILE "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets