Home » , , , , , , , , , » Keputusan Undian Capital One Cup 2015/2016 | Pusingan 4

Keputusan Undian Capital One Cup 2015/2016 | Pusingan 4

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

UNITED DAPAT UNDIAN MUDAH



Manchester United berjaya melepasi halangan pertama dalam pertandingan Piala Capital One yang menyaksikan mereka mara ke pusingan ke-4 bersama-sama beberapa kelab elit England yang lain. Kemenangan ini sangat diperlukan apatah lagi setelah kekecewaan akibat tersingat seawal pusingan ke-2 musim lalu kepada pencabar kelab divisyen 3 MK Dons.



Louis Van Gaal menurunkan kesebelasan terbaik dengan hanya Andreas Perreira sahaja pemain remaja yang tersenarai. Pengajaran dari episod duka itu nyata memberi gambaran baru kepada beliau bagaimana kejutan boleh berlaku kepada kelab besar dalam perlawanan kalah mati. Kebanyakan kelab elit hanya menurunkan barisan kedua untuk memberi masa bermain kepada pemain lain.



Setakat ini Chelsea (juara bertahan), Manchester City, Arsenal dan Liverpool masih terselamat dan mengiringi United ke pusingan seterusnya. Dalam undian Piala Liga Inggeris ini, kebanyakan pasukan berharap untuk bermain di tempat sendiri dan bertemu pasukan yang kurang ternama untuk mencerahkan peluang.



Berikut adalah keputusan undian perlawanan pusingan 4 Piala Capital One 2015/2016

Capital One Cup 2015-16 Fourth-Round Draw
HomeVS.Away
Manchester City5-1Crystal Palace
Liverpool1-0Bournemouth
Manchester United1-3 penMiddlesbrough
Everton
5-4 pen
Norwich City
Southampton2-1Aston Villa
Sheffield Wednesday3-0Arsenal
Hull City6-5 penLeicester City
Stoke City6-5 penChelsea


Masa perlawanan pada jam 3.45 / 4.00 am waktu Malaysia

Kesemua perlawanan dijadualkan pada minggu terakhir bulan Oktober (28/29). Chelsea dilihat mendapat undian paling sukar bermain di tempat lawan menentang Stoke City. Dengan persembahan kurang menyakinkan, Jose Mourinho mula resah kerana kecederaan melanda skuad mereka yang sebelum ini lebih bernasib baik.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian Capital One Cup 2015/2016 | Pusingan 4 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets