Home » , , , , , , , , , , » Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014/2015

Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

UNITED TERUS KEMPUNAN


Jadual Siaran Langsung Semi Final Piala FA Inggeris [Klik]

Manchester United gagal menamatkan badi kejuaraan Piala FA Inggeris setelah tewas 1-2 kepada Arsenal awal pagi tadi. Gol-gol Arsenal dijaringkan Monreal (25') dan Welbeck (61') manakala gol United dijaringkan Wayne Rooney (29'). Valencia yang beraksi selaku bek kanan seharusnya dipersalahkan terhadap kedua-dua gol Arsenal.



Seperti perlawanan derby, pertembungan ini tidak lari dari dicemari dengan beberapa insiden yang agak buruk. Beberapa terjahan keras memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain kedua pasukan. Taktik melayangkan badan atau diving oleh Di Maria dan Januzaj agak memalukan. Di Maria yang dilayangkan kad kuning bertindak agresif dengan menarik baju pengadil dan diarah keluar padang setelah menerima kad kuning kedua.



Tindakan kurang bijak itu menyebabkan United terpaksa beraksi 10 orang untuk baki 13 minit perlawanan. Kepulangan Welbeck ke Old Trafford menjadi mimpi ngeri untuk penyokong tuan rumah apabila Arsenal layak ke separuh akhir nanti yang akan diadakan di Stadium Wembley.



Mereka dijangka bertemu sama ada Bradford City atau Reading yang akan beraksi dalam perlawanan ulangan minggu depan. Dalam satu lagi undian, Liverpool atau Blackburn Rovers akan bertemu Aston Villa di pusingan separuh akhir. Perlawanan ulangan antara Liverpool dan Blackburn akan diadakan pada 9 April 2015.



Jika mengikut prestasi semasa, Arsenal dan Liverpool dijangka mampu layak ke final Piala FA Inggeris 2015. Sama-sama kita nantikan.



Keputusan Penuh Undian English FA Cup 2014/2015 | Semi Final


Liverpool vs Aston Villa


Arsenal vs Reading



Perlawanan dijangka pada minggu 18 dan 19 April 2015

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2014/2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets