Home » , , , , , » Siapa Lawan Manchester United di Play Off UEFA Champions League 2015/2016

Siapa Lawan Manchester United di Play Off UEFA Champions League 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

LAZIO DAN MONACO MENANTI



Manchester United belum boleh menarik nafas lega walaupun berjaya menduduki tempat ke-4 EPL kerana perlawanan pusingan play off UEFA Champions League bakal bermula bulan Ogos depan. Mereka masih perlu melepasi halangan ini untuk melayakkan diri dalam undian peringkat kumpulan UCL 2015/2016.



Sebagai persediaan, Louis Van Gaal telah mengatur jadual perlawanan pemanas badan pra musim di Amerika Syarikat pada 1 Syawal ini hingga hujung bulan. Antara lawan yang bakal menguji kekuatan United adalah Club America dari Mexico, San Jose EarthQuakes (USA), Barcelona (Spain) dan Paris Saint German (France).



Peminat United seluruh dunia pastinya mahu kelab mereka kembali ke UEFA Champions League setelah setahun 'direhatkan'. Kehadiran pemain baru seperti Depay, Darmian & kemungkinan Schneiderlin dilihat mampu memperkuatkan serangan dan pertahanan United.



Lawan Manchster United di puisngan play off hanya akan diketahui dalam undian pada 7 Ogos nanti.


ELAK:
Valencia
Bayer Leverkusen
Shakhtar Donetsk
Ajax

Perlawanan pusingan play off dijadualkan pada 18 dan 19 Ogos serta timbal balik pada 25 dan 26 Ogos 2015.


LAWAN KEMUNGKINAN:
Club Brugge
Sporting Lisbon
BSC Young Boys
Sparta Prague
CSKA Moscow
Fenerbahce
Monaco
Rapid Vienna
Lazio
Panathinaikos 

Kelab Lazio dari Itali merupakan pencabar terkuat yang boleh diundi bersama Manchester United. Tidak ketinggalan juga kelab Monaco dari Perancis yang menyingkirkan Arsenal di pusingan 16 terakhir musim lalu. Kunjungan ke kelab Turki dan Russia bakal menyukarkan misi United. Jika gagal melepasi peringkat ini, United akan memasuki Europa League secara automatik.

Psukan mana yang anda mahu lihat berdepan United di pusingan play off nanti??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Siapa Lawan Manchester United di Play Off UEFA Champions League 2015/2016 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets