Home » , , , , , , , , » Keputusan Penuh Perlawanan Piala Capital One 2015/2016 Pusingan 4 | Chelsea & Arsenal Kalah

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Capital One 2015/2016 Pusingan 4 | Chelsea & Arsenal Kalah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

JUARA BERTAHAN TERSINGKIR



Kejutan demi kejutan berlaku dalam bola sepak England sejak akhir-akhir ini. Awal pagi tadi, Chelsea dan Arsenal masing-masing tersingkir dari pertandingan Piala Capital One musim 2015/2016. Chelsea yang juga juara bertahan terpaksa akur dengan kekentalan pemain Stoke City biarpun bermain hanya 10 pemain dalam masa tambahan.



Dalam penentuan sepakan penalti, Eden Hazard pemenang pemain terbaik EPL musim lalu gagal menyempurnakan sepakan terakhir sekaligus memberi kemenangan kepada pasukan tuan rumah. Apa sudah jadi dengan pasukan Chelsea?? Jose Mourinho sudah pasti berada dalam keadaan tertekan ketika ini dengan Liverpool bakal menjadi perlawanan penentu masa depan beliau.



Pasukan muda Arsenal juga tumbang di tempat lawan ditambah dengan kecederaan Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain. Arsene Wenger tidak wajar dipersalahkan kerana selaku pengurus yang mengendalikan pasukan yang bermain dalam pelbagai pertandingan sudah pasti beliau mahu merehatkan pemain utama di samping memberi peluang kepada pemain remaja.



Risikonya jika kita bermain di tempat lawan, mentaliti pemain muda tidak sama seperti bermain di tempat sendiri. Penyokong lawan yang memenuhi stadium akan mengganggu fokus mereka. Awal pagi esok 3 lagi pasukan elit akan beraksi. Manchester United, Manchester City dan Liverpool kesemua berharap mampu melepasi pusingan 4 dan mempunyai peluang cerah menjuarai Piala Capital One Cup.


Capital One Cup 2015-16 Fourth-Round Results
HomeVS.Away
Manchester City
5-1
Crystal Palace
Liverpool
1-0
Bournemouth
Manchester United
1-3 pen
Middlesbrough
Everton
5-4 pen
Norwich City
Southampton
2-1
Aston Villa
Sheffield Wednesday3-0Arsenal
Hull City6-5 penLeicester City
Stoke City6-5 penChelsea

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Penuh Perlawanan Piala Capital One 2015/2016 Pusingan 4 | Chelsea & Arsenal Kalah "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets