Tabiat orang Malaysia : Bila masa anda patut guna lif | Jangan jadi pemalas
Penulis: Que | Kategori: kerja , pendapat , sentap , tabiat
Hari ni teringin nak cerita pasal lif. Kerja dalam bangunan tinggi memang ada yang terpaksa mengunakan lif setiap pagi dan petang. Biasanya jika bangunan lebih dari 4 tingkat memang akan ada lif.
Isunya sekarang yang selalu kita nampak kat lobi (katakan aras 1) bila pagi-pagi nak masuk kerja dan punch card. Kita pun tekan lah button lif. Masa tunggu tu ramai lah orang. Maklumlah waktu puncak. Bila lif dah terbukak semua masuk. Jeng..Jeng..Jeng.. Ada lah sorang makhluk pegi tekan aras 2. Alahai jauhnya dia nak pegi kan.
Wahai manusia yang sihat walafiat, apa salahnya kalau naik ikut tangga je (lebih kurang 20 anak tangga). Bukannya tinggi macam tangga Batu Caves (272 anak tangga) pun. Lagi cepat kot. Sebab malas punya pasal sanggup tunggu lif 1 minit. Tak faham betul lah. Sangat meloyakan tengok perangai orang macam ni. Kalau warga emas ke OKU ke boleh lah diterima. Ini budak muda lagi. Agaknya diorang takut tapak kasut tu haus agaknya.
Katakan 1 anak tangga = 2 saat
20 anak tangga = 40 saat (lagi cepat dari tunggu lif 1 minit)
Kalau baca entri ni memang ada yang akan sentap. Ada aku kesah?? Haha. Orang lain nak naik tingkat 6,7,8,9,10. Dia pulak setakat naik SATU tingkat siapa tak bengang. Memang tak salah tapi tolong la bertimbang rasa sikit dengan pekerja di aras yang lebih tinggi. Katakan lah ada 10 orang dalam lif yang nak kejar masa tiba-tiba ada sorang je yang tekan aras 2 tak ke sakit hati.
Sama jugak dengan waktu balik. Orang aras 2 boleh je turun ikut tangga. Ini tak. Kejap lagi lif kena berhenti kat aras DUA semata-mata nak amik orang yang pemalas nak turun bawah ikut tangga. Turun lagi mudah dan kurang penat dari naik. Memang dah jadi tabiat orang kita. Kalau boleh partition tu biar dekat dengan kereta. Asyik nak senang aje.
Siapa yang patut menggunakan kemudahan lif
1) Mereka yang bekerja di aras 3 dan ke atas
2) Warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan
3) Membawa barang yang banyak dan berat
4) Menggunakan troli
Kelebihan menggunakan tangga
Naik tangga merupakan aktiviti senaman yang baik untuk melatih jantung dan peredaran darah. Ini akan meningkatkan kekuatan kaki anda.
Keburukan menggunakan tangga
1) Tapak kasuh cepat haus
2) Badan akan cepat berpeluh
3) Kaki akan lenguh
4) Tempat yang horror
5) Sunyi dan takut ada penjenayah
6) Tiada pendingin hawa
7) Banyak serangga @ haiwan seperti tikus
8) Bau yang tidak menyenangkan
9) Kurang penyenggaraan
Keadaan yang memaksa anda menggunakan tangga
1) Kebakaran
2) Lif rosak
3)
Kesimpulannya di sini, kalau anda nak naik SATU tingkat sahaja, eloklah menggunakan tangga. Baik untuk kesihatan. Kalau naik lif pun tak salah. Tapi kalau perkara itu terjadi pada anda kemudian hari, rasakanlah. ADIOS
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..