Home » , » Rooney Digantung 3 Perlawanan EURO 2012 | England Perlu Cari Pengganti

Rooney Digantung 3 Perlawanan EURO 2012 | England Perlu Cari Pengganti

Penulis: Que | Kategori: ,

Berita gempar untuk penyokong England seluruh dunia. Walaupun kebanyakannya sudah dapat mengagak penggantungan tersebut, namun masih ada yang mengharapkan supaya hukuman 3 perlawanan dapat dikurangkan. Menyentuh berkenaan isu ini (rujuk entri sebelum di sini untuk lihat insiden kurang bijak Rooney) sebagai peminat England dan Rooney aku juga turut kecewa.


Rooney digantung tiga perlawanan EURO 2012,kad merah wayne rooney lawan montenegro,kenapa rooney digantung perlawanan,penyerang england



Angka 3 itu bermakna Rooney tidak akan diturunkan dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan EURO 2012 (entri pasukan yang layak ke EURO 2012) . 


Ada 3 kemungkinan yang akan berlaku. 



Pertama : Rooney dibawa bersama skuad England dan akan bermain semula pada perlawanan suku akhir sekiranya England layak. 


Kedua : Rooney dibawa bersama untuk makan angin dan akan pulang ke England semula tanpa perlu bermain sebarang perlawanan jika England gagal layak ke peringkat suku akhir.


Ketiga : Rooney tidak akan dibawa oleh Capello ke EURO 2012 kerana tidak dapat diturunkan dalam perlawanan peringkat kumpulan




Badan Kawalan dan Disiplin UEFA telah menetapkan bahawa Wayne Rooney dihukum gantung 3 perlawanan selepas bersidang semalam. Pihak FA telah cuba membantu dengan menyatakan bahawa "Rooney tidak membantah keputusan pengadil" setelah dilayangkan kad merah dalam perlawanan kelayakan EURO 2012 menentang Montenegro Sabtu lalu.



England masih ramai penyerang yang bagus. Jermain Defoe, Darren Bent, Danny Welbeck, Peter Crouch, Charlton Cole, Gabriel Agbonlahor dan Andy Caroll. Namun kualiti serta pengalaman Rooney masih berharga dalam keadaan-keadaan genting.



Terpulang pada Capello untuk menentukan formasi terbaik. 4-4-2 , 4-3-3, 3-5-2, 4-4-1-1. Rooney akan belajar dari kesilapan. Beliau telah menunjukkan kematangan berbanding zaman remajanya. Mungkin masalah peribadi serta cemuhan penonton kadang-kadang mempengaruhi tindakan luar kawal dan emosi.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Rooney Digantung 3 Perlawanan EURO 2012 | England Perlu Cari Pengganti "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets