Home » , , » Kad Merah Rooney Meresahkan England di EURO 2012 | Phil Jones Dapat Pujian

Kad Merah Rooney Meresahkan England di EURO 2012 | Phil Jones Dapat Pujian

Penulis: Que | Kategori: , ,

Perlawanan terakhir England menentang Montenegro dalam kelayakan Euro 2012 menyaksikan insiden kad merah yang dilayangkan kepada Wayne Rooney. Kecewa apabila gagal mengawal bola (biasa dilakukan) beliau bertindak diluar kawalan dengan menendang Miodrag Dzudovic ketika permainan berbaki 17 minit. Pengadil tiada pilihan selain mengarahkan Rooney keluar padang. Perlawanan tamat dengan keputusan 2-2. 1 mata berharga yang dicari England untuk muncul juara Kumpulan G dan layak secara automatik.


keputusan penuh england vs montenegro kelayakan euro 2012,insiden kad merah rooney montenegro vs england euro 2012 qualifying,video aksi rooney tendang kad merah pemain montenegro,highlight perlawanan motenegro vs england euro 2012



Ini merupakan kali kedua Rooney dilayangkan kad merah setelah kekasaran yang dilakukan kepada Ricardo Carvalho di World Cup Germany 2006. Yang merana?? Pasukan England kini bakal kehilangan khidmat Rooney sekurang-kurangnya 1 perlawanan pembukaan peringkat kumpulan di EURO 2012 Poland & Ukraine.




Insiden kad merah Rooney | Montenegro vs England Euro 2012 Qualifying




Mengapa Rooney bertindak sedemikian?? Adakah isu penahanan ahli keluarganya sebelum perlawanan itu mempengaruhi?? Ketika England mendahului 2-1 Rooney sebenarnya tidak perlu lakukan tindakan sebegitu. Kadang-kadang manusia boleh bertindak mengikut emosi jika tidak dikawal. Sebelum itu, Rooney memainkan peranan dalam memulakan gerakan untuk kedua-dua gol England. Walaupun tidak menjaringkan gol, kehadiran Rooney nyata memberi impak dalam setiap perlawanan.



Insiden kad merah Rooney | Portugal vs England World Cup 2006 1/4 Finals




Lumrah manusia, mereka akan melihat kepada 1 kesalahan berbanding 10 kebaikan yang dilakukan. Sebab itu kita perlu berhati-hati melakukan setiap perkara kerana banyak mata yang melihat dan mulut yang boleh berkata-kata.




Berlainan dengan Phil Jones, pemain 19 tahun dari Manchester United yang membuat penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa. Bermain di posisi bek kanan, Jones mendapat pujian dari kapten John Terry serta pengurus England, Fabio Capello. Tidak memeranjatkan kerana beliau telah diletakkan di posisi itu oleh Sir Alex Ferguson bersama Smalling yang turut dipanggil ketika menentang Bulgaria tempoh hari.



Versatility yang ada pada Jones bakal memberi kelebihan kepada England dan Manchester United. Persembahan Rio Ferdinand yang agak merosot sejak kebelakangan ini memungkinkan Jones digandingkan bersama Vidic untuk mempertahankan kejuaraan liga musim 2011/2012. Cuma pemain muda masih kurang pengalaman dan konsisten dalam keadaan yang genting. Jika anda perasan pada minit ke-51, Jones hampir menghadiahkan penalti kepada pasukan Montenegro tetapi pengadil kurang pasti dengan insiden itu.



Moral of the story, bertindak dengan bijak dalam apa jua keadaan. Silly mistakes akan hanya merugikan anda dan pasukan.

p/s : Harap Rooney akan perform masa lawan Liverpool nanti..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Kad Merah Rooney Meresahkan England di EURO 2012 | Phil Jones Dapat Pujian "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets