Siaran Langsung Perlawanan Liverpool vs Manchester United 15 Oktober 2011 | Analisa dan Statistik
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , EPL , manchester united , sukan
Live Streaming Liverpool vs Manchester United | Astro ESPN | 7.45 pm Malam Ini
Pertembungan terhebat minggu ini. Liverpool dengan 'sejarah' nya yang tersendiri menentang Manchester United juara EPL 4 kali dalam 5 musim terakhir. Isu hangat yang diperkatakan sekarang semestinya mengenai bagaimanakah prestasi
Dalam pada itu, kapten Liverpool Steven Gerrard hampir pasti kembali dalam kesebelasan utama setelah berehat panjang. Aksi beliau setelah dimasukkan ketika menentang Everton cukup menyakinkan dan membantu menewaskan musuh setempat itu 2-0.
Lain pula halnya bagi kapten Manchester United , Nemanja Vidic. Walaupun diturunkan dalam perlawanan kelayakan EURO 2012 sewaktu Serbia tewas kepada Slovenia (musnah harapan untuk ke EURO 2012), kecergasan beliau masih diragui. Dalam perlawanan penting seperti Liverpool di tempat lawan, tekanan dalam stadium yang begitu tinggi, Sir Alex sudah pasti mahukan pemainnya 100% fokus dan cergas.
Gol Dirk Kuyt yang menjadi pemusnah harapan United | Skil Luis Suarez sangat mengagumkan
Rekod 5 pertemuan terakhir Manchester United vs Liverpool
Date | Home Team | Score | Away Team | Venue | Competition |
---|---|---|---|---|---|
25 Oct 2009 | Liverpool | 2–0 | Man Utd | Anfield | Premier League |
21 Mac 2010 | Man Utd | 2–1 | Liverpool | Old Trafford | Premier League |
19 Sept 2010 | Man Utd | 3–2 | Liverpool | Old Trafford | Premier League |
9 Jan 2011 | Man Utd | 1–0 | Liverpool | Old Trafford | FA Cup |
6 Mac 2011 | Liverpool | 3–1 | Man Utd | Anfield | Premier League |
Mengikut pada rekod di atas, Manchester United memiliki kelebihan 3 kemenangan berbalas 2. TETAPI!! Manchester United gagal untuk menang 2 perlawanan di Anfield termasuklah musim lalu bila Suarez dan Kuyt 'mengayamkan' defend United yang tempang tanpa khidmat Vidic dan Ferdinand.
Apa kata Fergie sebelum perlawanan getir dengan Liverpool
Musim ini Liverpool diperkuatkan lagi dengan kehadiran Stewart Downing, pemain sayap yang mampu menghantar bola ke dalam kawasan berbahaya. Yang pasti United perlu memberi perhatian lebih kepada Suarez dan Gerrard malam ini. Barisan pertahanan harus bangkit selepas membenarkan lawan membolosi 4 gol dalam 3 perlawanan.
Aku kurang bersetuju jika Sir Alex menggunakan formasi 4-4-2 nanti. Sebab main away lebih-lebih lagi di Anfield memerlukan kekuatan di bahagian tengah untuk membantu pertahanan. Sama ada Giggs atau Park boleh mengisi 1 lagi kekosongan di kawasan midfield bersama Fletcher dan Anderson. Biarkan Rooney mendapat bantuan dari Nani dan Young di bahagian sayap. Melainkan jika Berbatov main baru sesuai formasi 4-4-2 kerana Berba boleh control game. Away dan Home memang tak sama..
Formation 4-5-1 | vs Liverpool 15 Oktober 2011
Sekadar ramalan Kafe Que sahaja
Kafe Que Prediction : Liverpool 1-1 Manchester United
Bermain away from home agak sukar.
Penentu malam ini mungkin dibezakan dengan 1 gerakan magic atau gol nasib
Bermain away from home agak sukar.
Penentu malam ini mungkin dibezakan dengan 1 gerakan magic atau gol nasib
Apa-apa pun aku hanya seorang peminat picisan. Aku tulis panjang2 pun bukan dorang bace. Kalau bace pun kena pakai google translate
Saksikan Perlawanan Secara Langsung | Live Streaming
Liverpool vs Manchester United
7.45 pm waktu Malaysia, 15 Oktober 2011 (Sabtu)
Live @ Astro ESPN (812) HD (832)
p/s : Kalau nak main 4-4-2 jugak letak lah Welbeck dulu okay.. Chicharito simpan dulu.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..