MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 : JOZAN MULA TUNJUK TARING | BALAS LUCAH
Penulis: Que | Kategori: isu semasa , jozan , lawak , maharaja lawak mega , youtube
KEDUDUKAN CARTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 | MINGGU 1
Yang kurang besnya di awal persembahan, Kumpulan BALAS yang dipilih sebagai pemenang kerusi panas a.k.a Hot Seat asyik wat lawak lucah and double meaning. Permulaan cerita nampak suci je dengan watak hulubalang Melaka Tuah dan Jebat. Masuk bab keris terus hancus. Tercemar rancangan Maharaja Lawak Mega 2012!!!
Kenapa juri pada malam tu (Mamat Khalid, Sheila Rusly & Zainal Abidin Hassan) boleh pilih BALAS dari kumpulan MAMU?? Agaknya diorang suka group yang double meaning kot. Hope Kumpulan BALAS dapat ambil iktibar di atas komen Awie pada malam tadi. Kamon la rancangan ni ditonton oleh kanak-kanak jugak.
Sedutan Persembahan Kumpulan BALAS | Maharaja Lawak Mega 2012
Link Utube : Here
Persembahan kumpulan lain selain top 3 agak kureng sedikit. Even SABON (Sathiya & Abon) kelihatan belum panas dan serasi. Kebanyakan persembahan masih boleh diperbaiki pada minggu seterusnya.
Nota : Minggu 1 - 3 tiada penyingkiran
Komen aku untuk TOP 3 MINGGU 1
1. Jozan (Johan & Zizan)
Link Utube : Here
Ni la kumpulan yang berjaya membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Mula-mula dah kelakar time Johan ikat tali merah kat tiang bus stop dan terus nyanyi lagu Awie (Mata Hati Jiwa - klik untuk dengar versi cover) Lepas tu terus dia tiru gaya Awie memang kelakar. Part paling bes waktu dia nyanyi lagu tema Mentor "Tunjuk Ajarku Sipuuutt Seduuttt .. (Sambil buat aksi sedut) Poyo je semua ni!! Hahaha.. Awie sampai keluar air mata tengok aksi dorang ni. Awas bin Bonggol Di Hadapan.
2. JAMBU (YUS & TAUKE)
Sejujurnya aku kurang faham dengan show JAMBU ni. Macam tak berapa smooth. Tapi still ok la. Penonton gelak. Hope minggu depan lebih baik lagi.
3. BOBOI (AFDLIN, HARUN & NABIL)
Link Utube : Here
Boboi kembali dengan pertambahan ahli baru dengan telinga istimewa - Nabil. Tema malam tadi pasal kelas 'Oh My Melayu' idea dari sitkom 'Oh My English'. Nabil nampak agak serasi dengan ahli asal Boboi dengan watak cikgu. Afdlin mengalami masalah pelat hurut 'T'. Saksikan kesudahan adik beradik tiri BOBOI. Tapi aku respek dengan ucapan Afdlin yang menyeru umat Islam menderma kepada saudara kita di Palestin. Jahanam Israel!!
Tak sempat menonton Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 1?? Saksikan full episod di sini
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..