Cara Penentuan Pemenang Piala Axiata 2014 | Format Kiraan Mata
Penulis: Que | Kategori: analisis , axiata cup , badminton , BAM , format , malaysia , sukan
AXIATA CUP FORMAT
Seperti yang telah dijanjikan, entri kali ini akan merungkaikan isu penentuan juara hingga ke penentuan tempat ke-3/4 dalam Kejohanan Piala Axiata 2014. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Malaysia menduduki tempat ke-4 walaupun seri 2-2 dengan Pilihan Asia. Kenapa Thailand muncul juara walaupun Indonesia juga menang 4 set?
Sebelum itu, anda semua perlu tahu yang format Piala Axiata sememangnya berbeza dengan kejohanan seperti Piala Thomas atau pun kategori berpasukan dalam Sukan Asia dan Sukan SEA. Dalam sesuatu perlawanan Piala Axiata, setiap pasukan akan berentap dalam 4 kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki serta beregu campuran.
Ini bermakna mata setiap perlawanan dihadkan kepada 4. Boleh jadi akan ada pasukan yang menang 4-0, 3-1 atau pun seri 2-2. Kalau menang mudah lah nak ditentukan pemenang. Tetapi jika berlaku seri akan ada sedikit masalah kerana format Piala Axiata perlu melihat kepada bilangan set yang dimenangi atau bilangan mata keseluruhan dalam semua set.
Masih belum jelas? Kita ambil contoh kes supaya lebih faham. Gambar di bawah adalah keputusan separuh akhir Piala Axiata 2014 antara Malaysia vs Indonesia. Jika dilihat dari keputusan akhir, kedudukan seri 2-2. Tetapi penentuan pemenang terpaksa dibuat. Mengikut format Piala Axiata sekiranya dua pasukan terikat 2-2, pasukan yang menang lebih banyak set akan dikira sebagai pemenang. Untuk kes ini, Indonesia menang 6 set (2 perseorangan lelaki, 1 perseorangan wanita, 1 beregu lelaki dan 2 beregu campuran) manakala Malaysia hanya menang 4 set sahaja (2 perseorangan wanita dan 2 beregu lelaki). Jadi Indonesia mara ke perlawanan akhir.
Kes ke-2 melibatkan penentuan pemenang tempat ke-3 dan ke-4 antara Malaysia vs Asia All Star yang juga berkesudahan dengan 2-2. Menggunakan format yang sama, kita lihat jumlah set yang dimenangi kedua pasukan terlebih dahulu. Didapati Malaysia menang 4 set begitu juga dengan Asia All Star. Masih lagi seri. Kita beralih kepada pengiraan mata keseluruhan dalam setiap set. Malaysia 20+16+12+8+21+21+21+21 = 140 mata. Asia All Star 22+21+21+21+11+13+19+19 = 147 mata. Jadi Asia All Star dinobatkan selaku pemenang tempat ke-3.
Begitu juga kesahnya dengan penentuan juara Piala Axiata 2014 antara Indonesia vs Thailand. Kedua pasukan seri 2-2 dan jumlah bilangan set yang dimenangi juga sama. Menggunakan kaedah kiraan mata keseluruhan kita dapati Thailand memiliki kelebihan dengan 140 mata berbanding Indonesia yang hanya kurang 2 mata (138). Jadi Thailand juara Piala Axiata 2014!
Kesimpulannya, apa yang kita pelajari dalam format Piala Axiata ini, semua kategori sama penting. Setiap pasukan tidak boleh mengambil mudah walaupun sudah mendahului 2-1 kerana kebarangkalian untuk kalah dari segi kiraan mata tetap ada. Buat Malaysia, masih banyak yang perlu diperbaiki supaya pasukan negara kembali menjadi kuasa besar dalam dunia badminton. Sekian..
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..