Home » , , , , , » Keputusan Akhir Piala Axiata 2013 - Malaysia juara!

Keputusan Akhir Piala Axiata 2013 - Malaysia juara!

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , ,

TEAM MALAYSIA DAPAT BANTUAN LEE CHONG WEI



Malaysia mendapat tonik di saat akhir apabila Datuk Lee Chong Wei menyertai pasukan di peringkat final Piala Axiata 2013 menentang Thailand. Bermain di hadapan penyokong sendiri sudah pasti beliau ingin melihat pasukan Malaysia menang. Tahniah! Semoga kemenangan ini dapat memberi semangat kepada pemain negara di Piala Sudirman nanti.


Kemenangan sulung ini memberi peluang kepada pemain muda menimba pengalaman sebagai pelapis pemain utama. Di peringkat separuh akhir Malaysia tiada masalah untuk menundukkan Asia All Star 3-0. Semalam Malaysia menumpaskan Thailand 3-1.



Wakil perseorangan wanita negara, Sonia Cheah gagal memberi mata pertama negara setelah tewas straight set kepada juara remaja 3 kali, Ratchanok Intanon. Perlawanan kedua melibatkan beregu campuran kembali meletakkan Malaysia dalam kedudukan 1-1.


Pemain No.1 dunia memasuki gelanggang untuk menggalas cabaran memberi mata pendahuluan kepada pasukan negara. Lee Chong Wei tiada masalah untuk mengatasi pemain muda Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-12, 21-18.


Beregu lelaki Koo Kien Keat & Tan Boon Heong melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia pada malam gilang gemilang.


Dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4, pasukan Asia All Star menundukkan Indonesia 3-1.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Akhir Piala Axiata 2013 - Malaysia juara! "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets