Pengajaran Kes Datuk Siti Nurhaliza Tegur YB Khairy Jamaluddin
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , FAM , harimau malaya , isu semasa , KJ , motivasi , pengajaran , sukan , tazkirah
3 PUNCA UTAMA
Kredit : www.utusan.com.my |
Hari ini sudah masuk dua minggu episod perbalahan peminat dan penyokong kedua personaliti tersohor negara. Datuk Siti dikhabarkan telah cuba menegur cara YB Khairy dalam penyataannya yang memerli bekas kapten pasukan kebangsaan, Datuk Jamal Nasir. Jika ada yang belum tahu cerita sebenar, anda boleh baca entri ini : Bila Datuk Siti Nak Ajar KJ Pasal Bola Dan FAM.
Apa yang aku cuba sampaikan dalam entri kali ini ialah pengajaran yang boleh kita pelajari untuk menjadi seorang manusia yang dihormati dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mungkin Datuk Siti tidak menyentuh berkenaan isu bola sepak dan FAM secara terus. Tetapi di sini ada dua pandangan berbeza yang berpunca dari sebuah tweet.
Jika anda seorang peminat bola sepak dan Harimau Malaya, sudah pasti isu teguran ini akan dikaitkan dengan tempoh kemerosotan bola sepak negara dan status kebal Presiden FAM yang sudah menjangkau hampir 30 tahun.
Sebaliknya, jika anda seorang peminat fanatik Datuk Siti atau mereka yang kurang mengambil tahu perihal bola sepak negara, isu ini menampakkan kebiadapan YB KJ terhadap orang tua. Siapa sebenarnya yang mencetuskan kontroversi ini? YB KJ atau Datuk Siti atau media cetak dan elektronik?
Pengajaran 1 - Emosi
Perlu diingat bahawa kadang-kala tindakan melulu dan melibatkan emosi membuatkan kita gagal berfikir secara waras. Kerana itu dalam Islam menyuruh kita berwudhu' dan bertenang supaya kita tidak diganggu oleh syaitan durjana.
Dalam kes ini, Datuk Siti dikhabarkan baru sahaja membaca isi kandungan sebuah akhbar tempatan di bahagian sukan (tak pasti berapa kali Datuk buka halaman ini sebelum Pahang bergelar juara Piala Malaysia).
Akibat terpandang perkataan 'budak suruhan' dengan subjek pada waktu itu ialah Datuk Jamal Nasir (orang tua) maka ter'tweet' lah satu ayat yang siap diletakkan nama pemilik akaun YB KJ dan tertera perkataan 'biadap'. Pastikah Datuk yang tindakan itu boleh dikira biadap? Atau media menyalah tafsir kenyataan YB KJ? Lebih malang lagi, satu dunia boleh baca apa yang tersirat di hati biduanita negara itu.
Tafsiran manusia yang membacanya boleh jadi berbeza-beza. Maka tercetuslah perang siber antara penyokong kedua belah pihak.
Pengajaran 2 - Ilmu Pengetahuan
Kelebihan orang yang berilmu ini dipandang tinggi oleh masyarakat.
Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, "Ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja."
Tidak salah untuk kita membuat kajian terlebih dahulu terhadap sesuatu perkara yang di luar bidang kita sebelum mengeluarkan kenyataan secara umum. Tiada manusia yang sempurna dan tahu semua perkara. Dalam Islam sudah diperincikan adab menegur seseorang.
Al-Imam Ibnu Hibban Rahimahullah (wafat tahun 354 H) berkata : "Nasihat itu merupakan kewajiban manusia semuanya, sebagaimana telah kami sebutkan sebelum ini, tetapi dalam teknik penyampaiannya haruslah dengan secara rahsia, tidak boleh tidak, kerana barangsiapa yang menasihati saudaranya di hadapan orang lain, maka bererti dia telah mencelanya, dan barangsiapa yang menasihatinya secara rahsia, maka bererti dia telah memperbaikinya. Sesungguhnya penyampaian dengan penuh perhatian kepada saudaranya sesama muslim adalah kritik yang membangun, lebih besar kemungkinannya untuk diterima dibandingkan penyampaian dengan maksud mencelanya."
Jika kita aibkan seseorang, Allah akan buka aib kita |
Salahkah jika Datuk membuat panggilan peribadi atau pun menggunakan fungsi mesej di laman Twitter? Tak susah kot. Hubungi 03- 8000 8000 sedia membantu. Hey! Hey! Hubungi 03- 8000 8000 hanya untukmu. Hey! Hey!
Ada peminat dan pemerhati yang tidak faham kenapa YB Khairy sibuk mengkritik FAM. Kenapa tidak berbincang dan duduk semeja dengan mereka? Kita kena faham senario bola sepak negara yang kian meruncing. Wartawan akan mencari isu panas untuk dimuatkan dalam akhbar mereka. Jadi YB Khairy sering diaju soalan yang melibatkan pengurusan FAM yang agak lemah. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan mengambil kira suara rakyat, salahkah beliau mengkritik sebuah badan yang mengamalkan dasar tertutup disulami Artikel 88?
Kritikan YB Khairy ditujukan kepada sebuah persatuan dan bukan kepada individu berpengaruh yang kebal di dalamnya. Siapa makan cili dia akan terasa pedas. Untuk pengetahuan semua, FIFA melarang campur tangan kerajaan di dalam sebarang aktiviti pengurusan persatuan bola sepak di seluruh dunia. Jika kerajaan cuba masuk campur, alamatnya pasukan Malaysia akan digantung dari sebarang perlawanan antarabangsa seperti yang pernah terjadi kepada Indonesia dan Brunei suatu ketika dahulu. Atas sebab ini, YB Khairy yang juga Menteri Belia & Sukan hanya mampu kritik.
Peraturan FIFA melarang campur tangan kerajaan dalam persatuan bola sepak |
Pengajaran 3 - Status
Dalam entri sebelum ini ada seorang hamba Allah mempertikaikan tulisan aku yang kononnya memperbesarkan isu yang kecil. Kecilkah jika penyataan yang disuarakan kepada umum itu tidak tepat? Ada tak perbezaan maksud ayat sinis dan kurang ajar? Bagaimana pula dengan intonasi suara dalam melontarkan ayat perli dan biadap? Jika ada perbezaan, ini bukan isu yang kecil.
Dengan yakinnya dia cuba membandingkan isu dua tokoh termasyhur negara ini dengan kutukan rakyat biasa terhadap pemimpin mereka. Contohnya ada seorang pengguna laman Facebook yang mengubahsuai gambar Perdana Menteri dan Ahli Parlimen. Siapa yang peduli? Ini melibatkan seorang artis dan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang mempunyai berjuta followers di laman Twitter. Belum lagi dikira berapa ramai yang kenal dengan Datuk.
Jadinya, kena faham status anda sebagai 'public figure' menjadi ikon kepada seluruh rakyat Malaysia. Jangan tunjukkan yang kita ni kurang bijak tentang sesuatu perkara. Ada benarnya apa yang sering diucapkan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah beliau "Kalau bodo duk diam". Maksudnya bukan diam terus. Pergilah ngaji (menuntut ilmu).
Akhir kata, aku ingin memohon maaf andai kata apa yang aku tulis ini menyebabkan ada yang kurang senang dan tak bersetuju. Ini adalah pandangan aku sebagai seorang pemerhati dan peminat bola sepak sejak lebih 20 tahun dalam bidang ini. Sekian.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
November 26, 2013 at 11:04 PM
bagus point-point yang tuan tanah kemukakan. adab menegur, memberi nasihat tu semakin tidak diambil cakna oleh kebanyakan kita.
[Reply to comment]tapi part yang "03-80008000 sedia membantu hey hey!" tu tak boleh blaaah! hahahaah
November 26, 2013 at 11:18 PM
@Danial Jaafar terima kasih tuan sebab sudi membaca. aku terpanggil untuk memberi penjelasan kepada mereka yg buta psl bola sepak negara.
Part 03-8000 8000 tu tercetus bila ada orang yg cuba pertikai Datuk CT ade ke nombor telefon KJ.
November 27, 2013 at 9:50 AM
KJ lakukan kerja dia sebagai Menteri itu yang sepatutnya......suka statement sini....
[Reply to comment]November 27, 2013 at 11:00 AM
@Sukma Haron Yup. Amanah seorang menteri/pemimpin sangat berat
December 10, 2013 at 9:25 PM
jadikan perkara ini sebagai pengajaran kepada semua Maharaja Lawak Mega 2013 Sepahtu Minggu 4
[Reply to comment]