Artikel 88 FAM : Bila Kerabat Diraja Buat Kenyataan Media Baru Nak Mansuh?
Penulis: Que | Kategori: bola sepak , FAM , FIFA , harimau malaya , isu semasa , pendapat , sukan
PERSATUAN BOLA SEPAK YANG PALING BOSAN
Entri : Presiden FAM jawatan seumur hidup? [Klik]
Isu paling hangat ketika ini berkenaan dengan peraturan Artikel 88 FAM. Sana sini orang mempersoalkan kredibiliti dan integriti kononnya FAM sebagai organisasi induk bola sepak negara mengambil sikap pilih kasih untuk mengenakan tindakan kepada TMJ yang mengkritik mutu pengadilan bola sepak di Malaysia yang yang berada di tahap amatur.
Menteri Belia dan Sukan juga mempersoalkan kewajaran Artikel 88 FAM sama ada ianya bercanggah atau tidak dengan peraturan FIFA. Apa isi kandungan Artikel 88 FAM yang telah menghukum ramai pengkritik bola sepak tanah air ini?
ARTIKEL 88 PERLEMBAGAAN FAM MEMPERUNTUKKAN HANYA PRESIDEN DAN SETIAUSAHA AGUNG BERHAK MENYATAKAN KRITIKAN DAN KILANAN TERHADAP FAM DAN STRUKTUR ORGANISASINYA
Nota tambahan : Kilanan bermaksud rungutan atau aduan.
Dari segi amalan demokrasi dan dasar terbuka memang perlembangaan ini menyekat kebebasan bersuara. Sudah terang lagi bersuluh yang FAM hanya mahu jaga nama baik dan imej mereka dari dikritik demi kebaikan sukan bola sepak tanah air.
Aku nak tanya korang la kan. Secara logiknya ada ke Presiden atau ketua yang mahu kritik atau mendedahkan kelemahan organisasi kepada media? Mesti mereka nak jaga periuk nasi dan kredibiliti dorang sebagai Presiden sesebuah persatuan. Dengan ini Artikel 88 FAM tidak wajar dan hanya mahu menjaga nama baik FAM.
Mangsa FAM |
Mari kita lihat senarai ahli persatuan yang dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM akibat melanggar perlembagaan.
1) Datuk Seri Shahidan Kassim (digantung dua tahun enam bulan serta didenda RM39,00)
2) Tan Sri Annuar Musa (digantung dua tahun setengah)
3) Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
4) Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil
Adakah TMJ akan masuk dalam senarai ini atau FAM akan tutup kes dengan merombak Artikel 88? Mengapa bila kerabat terlibat perlu ada sikap berhati-hati sebelum membuat keputusan? Takut dengan bayang-bayang sendiri ke FAM?
Mengambil contoh FA Inggeris yang sudah bertapak lama. Mereka akan menghukum seseorang jika kenyataan yang dibuat tidak tepat atau tidak berasas. Kenapa FAM tidak boleh dikritik secara terbuka? Kenapa mereka tidak mahu menyiasat kebenaran sesuatu perkara sebelum melaksanakan hukuman? Kebanyakan mereka yang mengkritik mempunyai asas yang kukuh. Namun disebabkan kebongkakan badan induk itu, ahli terpaksa akur.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..