Peluang Terakhir Malaysia Untuk Layak Ke Piala Asia 2015
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , harimau malaya , kelayakan piala asia , malaysia , sukan
HARAPAN TIPIS HARIMAU MALAYA
Kita seringkali memilih jalan sukar untuk memajukan bola sepak negara. FAM harus bertanggungjawab sepenuhnya atas isu ini jika Malaysia gagal layak ke Piala Asia 2015 sekalipun menang besar di Yaman malam ini. Tiket automatik ke Piala Asia sudah tertutup selepas tewas kepada Bahrain dan Qatar tahun lalu.
Kini yang tinggal hanyalah tiket terakhir menggunakan kouta tempat ketiga terbaik. Saingan sengit antara empat negara iaitu Iraq, Lebanon, Syria dan Malaysia. Namun Harimau Malaya wajib menang sambil mengharapkan kekalahan pasukan lain untuk layak. Ini masalahnya jika pengurusan FAM lambat bertindak.
Kenapa perlu tunggu kontrak Datuk K.Rajagobal tamat? Walhal kita boleh menukar jurulatih yang lebih baik untuk mencari mata dalam perlawanan menenatang Bahrain dan Qatar. 4 mata dari 5 perlawanan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Paling tidak kita sepatutnya tidak kalah dalam perlawanan di tempat sendiri.
Kedudukan terkini pasukan tempat ketiga terbaik Kelayakan Piala Asia 2015
Melihat kepada carta di atas, Malaysia berada di tempat ke-4 dibelakang Iraq, Lebanon dan Syria. Kenapa Malaysia wajib menang? Hanya kemenangan sahaja yang membolehkan Malaysia memintas Iraq dengan SYARAT ketiga-tiga pasukan di atas kalah.
Jika Iraq, Lebanon dan Syria menang maka kedudukan masih kekal seperti sekarang dan Malaysia perlu tunggu lagi 4 tahun untuk mencuba lagi sekali. Jom kita tengok jadual perlawanan pesaing Harimau Malaya malam ini.
Iraq vs China
Thailand vs Lebanon
Jordan vs Syria
Yaman vs Malaysia
China perlu menang untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2015. Bermakna Iraq berkemungkinan akan kalah. Thailand perlu menang ke atas Lebanon untuk membantu Malaysia tetapi mereka belum mengutip sebarang mata setakat ini. Misi yang agak mustahil. Kita juga mengharapkan Jordan untuk menang ke atas Syria. Hong Kong tak masuk senarai kerana berada di bawah Malaysia.
Harapan ada tetapi agak tipis dan tidak berada di tangan kita. Apa pun Harimau Malaya perlu menang malam ini!
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
March 5, 2014 at 2:35 PM
nak layak agak mustahil la..tapi at least ada coach baru kali ni
[Reply to comment]