Showing posts with label harga minyak. Show all posts

 

Harga Baru Minyak Petrol dan Diesel Bermula 1 Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

 HADIAH TAHUN BARU

berapa harga petrol ron 95 ron 97 2015, GAMBAR PETROL MINYAK TURUN 2015

Tips : 10 Cara Nak Jimatkan Minyak Kereta Anda [Jom baca]


Berita panas! Harga minyak petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 35 sen berkuatkuasa 12.01 tengah malam, 1 Januari 2015. Ini menjadikan harga baru untuk minyak RON95 bersamaan RM 1.91 seliter dan RON97 RM 2.11 seliter.



Bagi minyak diesel penurunan sebanyak 30 sen menjadikan harga baru RM 1.93 seliter. Pada 21 November2014, Kabinet memutuskan bahawa penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti yang dilakukan untuk penetapan harga RON97 sejak Julai 2010.



Harga runcit petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatik (APM) sejak tahun 1983, iaitu kerajaan menetapkan harga runcit pada suatu paras tertentu dengan sebarang perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Jadi adakah ramai akan beralih kepada RON97 selepas ini? Atau pun stok RON97 akan kerap kehabisan disebabkan permintaan ramai?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Minyak Petrol RON95 dan Diesel NAIK 20 sen seliter bermula 2 Oktober 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

 HADIAH RAYA KORBAN?


Tips : 10 Cara Nak Jimatkan Minyak Kereta Anda [Jom baca]


Berita panas! Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan Diesel dikurangkan (harga minyak naik la tu) sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014.



Harga baru bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan Diesel RM2.20 seliter. Rasanya tahun lepas dah naik 20 sen. Dalam masa setahun saja rakyat terpaksa menanggung kenaikan 40 sen bagi seliter minyak RON 95 dan Diesel. Kalau naik harga minyak saja tak pe. Nanti semua barang pun naik jugak!



Siap sedialah anda semua. Jom isi minyak malam ini! Kalau tak bajet balik kampung Hari Raya Aidil Adha akan lari. Berkorban apa saja. Di sini lahirnya sebuah cinta. Oh Malaysiaku.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Minyak RON 97 NAIK 15 sen bermula 5 September 2013 ??

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

TSUNAMI KENAIKAN HARGA MINYAK


HARGA MINYAK RON97 NAIK 15 SEN SEPTEMBER 2013, KENAIKAN HARGA MINYAK RON97 2013



Apa sedang berlaku di negara kita sekarang? Terbaru ada ura-ura mengatakan minyak petrol RON 97 akan naik sebanyak 15 sen bermula esok hari. Hari Isnin kita dikejutkan dengan kenaikan 20 sen bagi petrol RON 95 dan diesel. Kenaikan itu menjadikan harga seliter minyak petrol RON 97 kepada RM 2.85. Di laman sosial ramai mempertikaikan mengapa harga RON 95 yang ditolak subsidi lebih mahal dari RON 97. Tup-tup terus naik harga.


Tips Nak Jimatkan Minyak Petrol Kenderaan Anda [Jom baca]


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tips : 10 Cara Mudah Jimatkan Minyak Petrol Kereta | Paling Berkesan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

AL-KISAH 20 SEN

TIPS JIMATKAN MINYAK PETROL KERETA, CARA MUDAH NAK JIMATKAN MINYAK KERETA


Anda boleh dapat 20 sen bagi setiap iklan yang diklik [Jom daftar percuma]


Sempena kenaikan 20 sen harga pertrol RON 95 dan diesel hari ni, rasanya elok kalau kita berkongsi cara nak jimatkan penggunaan petrol kereta atau kenderaan lain. Sebenarnya perkara ni ramai yang dah tau. Cuma kita ni susah nak disiplinkan diri. Tak guna dah kita nak bising pasal harga petrol tu. Sekarang ni kita je yang mampu mengubah hidup kita untuk hari-hari mendatang.



20 sen memang tak BANYAK. Tapi ada ke yang isi minyak seliter je? Paling kurang pun tangki penuh dalam 30 liter = RM 0.20 x 30 = RM 6 kenaikan. Tu kalau penggunaan seminggu. Kalau sebulan darab la dengan 4 jadinya RM 24. Kalau setahun menjadikan RM 288 - RM 300. Ini adalah anggaran untuk kegunaan harian sahaja tidak termasuk balik kampung atau pun pergi melancong.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Minyak NAIK Tahun 2013 | Petrol RON95 & Diesel NAIK 20 Sen

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

TERKINI : JANJI DINAIKI? | RAKYAT DAHULUKAN BAYARAN


harga minyak malaysia terkini,Harga minyak malaysia 2013,HARGA MINYAK NAIK 2013, KENAIKAN HARGA MINYAK RON95 DIESEL PETROL TAHUN INI, SEPTEMBER 2013, MINYAK NAIK HARGA?
kredit : beritasemasa.com


Tips : 10 Cara Nak Jimatkan Minyak Kereta Anda [Jom baca]


Akhirnya spekulasi mengenai harga minyak naik menjadi kenyataan. Kecoh dalam laman sosial FB & Twitter mengecam tindakan YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan 20 sen bagi petrol RON95 dan Diesel berkuatkuasa malam ini (00.00 am 3 September 2013). Rakyat seharusnya merasa beban ini kerana sebelum ini tarif elektrik juga akan dikaji semula.

Harga baru RON95 : RM 2.10/liter
Harga baru Diesel : RM 2.00/liter

Contoh tangki penuh 50 liter | Kenaikan 50 x 0.20 = RM 10


Kenaikan demi kenaikan tidak wajar dibebankan kepada rakyat lebih-lebih lagi kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan ke-56. Kalau nak kurangkan subsidi ikutlah kemampuan sebenar rakyat. Ini tidak, kereta mewah dan Kancil still kena bayar harga minyak yang sama. Tidak mustahil langkah bijak ini akan menjadi penggal terakhir kerajaan Barisan Nasional memerintah negara. Jom pakat penuhkan tangki buat kali terakhir sebelum berubah kepada harga baru.


Nota : Apa gunanya BRIM RM 500 jika harga minyak dan lain-lain meningkat. Renungkan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Ranking Harga Minyak Petrol Termahal Dunia 2013 | Negara Malaysia Murah?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

Top 60 Harga Minyak Petrol Dunia | Kajian Bloomberg


carta harga petrol dunia 2013,harga minyak dunia semasa,harga minyak petrol sedunia,HARGA MINYAK PETROL DUNIA 2013,NEGARA YANG MEMPUNYAI HARGA MINYAK PETROL TERMAHAL TERMURAH 2013 DUNIA,KAJIAN HARGA PETROL DUNIA,KEDUDUKAN RANKING MALAYSIA PETROL DUNIA


Updates : Kenaikan Harga Minyak 2013 [klik sini]


AMARAN! Ini bukan entri politik. Hanya bertujuan berkongsi isu semasa kepada pembaca blog. Aku kurang mahir nak cerita pasal politik ni. Serah pada yang lebih pakar.



Baru-baru ini Blomberg ada mengeluarkan kajian tentang 'Perbandingan Harga Minyak Petrol Termahal & Termurah Mengikut Negara'. Tahun 2013 negara yang mendapat tempat pertama minyak petrol paling mahal adalah ... TURKEY!! 


Segelen = 3.78541 liter = $9.89 = RM 30.60

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/