Showing posts with label kahwin. Show all posts

 

Pameran Pengantin Malaysia 3 - 5 Januari 2014 | PWTC Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MUSIM MENGAWAN 2014

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2014 DI PWTC, PAMERAN PENGANTIN 3 HINGGA 5 JANUARI 2014


Kepada bakal pengantin atau mereka yang merancang untuk menamatkan zaman bujang anda dijemput untuk menghadiri Pameran Pengantin Malaysia 2014 yang sedang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur bermula hari ini (3 Januari 2014). Pameran ini akan diadakan selama 3 hari dan akan berakhir pada 5 Januari 2014.



Anda boleh kunjungi Pameran Pengantin Malaysia 2014 seawal jam 10 pagi hingga jam 9 malam. Masuk adalah PERCUMA! Pelbagai pakej menarik ditawarkan. Cuma kita perlu bijak memilih mengikut bajet yang ada. Jangan terlalu membazir dan terpaksa buat pinjaman yang akan membebankan kita selepas berumahtangga nanti.



Tak tahu cara ke PWTC? Rujuk entri ini. Parking agak mahal dan jalan sudah pastinya sesak sempena Tahun Melawat Malaysia. Gunakan pengangkutan awam sebagai opsyen. Layari Facebook Pameran Pengantin dan UrbanVibe untuk maklumat lanjut. Adioss.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Tarikh Cuti Sekolah 2014 | Takwim Persekolahan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

RANCANG CUTI ANDA

JADUAL CUTI SEKOLAH 2014, CUTI PENGGAL 1 2014, CUTI PENGGAL 2 2014, CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2014, CUTI AKHIR TAHUN 2014
Kredit : bukitmundok.blogspot.com
Jadual Cuti Am 2014 Seluruh Malaysia [Klik]

Tidak sampai sebulan lagi cuti sekolah (16 Nov 2013) akan bermula. Mereka yang gembira pastinya anak-anak atau adik kita yang masih bersekolah. Di sebalik kegembiraan itu, ada di kalangan pelajar yang mula resah. SPM semakin hampir! Hehe..



Sebagai orang yang pernah melalui zaman SPM dulu, waktu kecederaan ini sangat penting untuk membuat nota ringkas dan ulangkaji subjek yang bermasalah. Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan takwim persekolahan dan jadual cuti sekolah bagi sesi 2014.



Kenapa cuti sekolah ini penting? Bagi yang berkeluarga dan gemar melancong, waktu ini dirasakan paling sesuai untuk meluangkan aktiviti bersama anak-anak. Begitu juga untuk mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Bila waktu cuti sekolah je, penuh jemputan kahwin yang diterima.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/