Showing posts with label pwtc. Show all posts

 

Pameran Matta Fair 4 - 6 September 2015 | PWTC Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MATTA FAIR 2015



MATTA FAIR 2015 akan bermula pada 4 hingga 6 September 2015 di PWTC, Kuala Lumpur. Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia mungkin menjejaskan pergerakan kita ke luar negara pada tahun ini. Jadi eloklah kalau kita fokus pada tempat-tempat menarik dalam negara yang belum pernah anda lawati. Contohnya ke pulau-pulau dan hutan tropika di Sabah dan Sarawak.



Bagi mereka yang gemar melancong jom kita ke PWTC Kuala Lumpur untuk mendapatkan promosi pelancongan edisi terhad di MATTA FAIR 2015. Mungkin tahun depan keadaan akan pulih seperti sedia kala.



Nama Program : MATTA FAIR 20154
Tarikh : 4 - 6 September 2015
Masa : 10 am - 9 pm
Tempat : PWTC Kuala Lumpur
Bayaran Masuk : RM 4 seorang [Klik sini]



Untuk peta lokasi, parking dan pengangkutan awam ke PWTC boleh rujuk sini [klik]. Bayaran parking kereta di PWTC, Hentian Putra dan Sunway Putra Mall dalam lingkungan harga RM 3.00 hingga RM 3.50 sejam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur | 24 April - 3 Mei 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JOM BORONG BUKU



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 24 April hingga 3 Mei 2015. Lokasi seperti biasa di PWTC Kuala Lumpur. Pelbagai syarikat penerbit buku akan menyertai program ini. Apa yang pasti anda akan mendapat diskaun istimewa bagi buku-buku terpilih. Boleh lah borong supaya dapat pelepasan cukai.



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 akan dibuka pada jam 10 pagi setiap hari. Mereka yang mempunyai anak kecil eloklah bawa mereka melihat buku-buku dan mendidik budaya membaca sejak dari kecil. Masuk adalah percuma. Anda boleh menggunakan pengangkutan awam ke PWTC atau parking di Hentian Putra. Selamat memborong!



Program : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Lokasi :  PWTC Kuala Lumpur

Masa : 10.00 am - 7.00 pm (Isnin - Khamis) / 9.00 pm (Cuti Umum, Jumaat - Ahad)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Ekspo Pesta Buku Malaysia 10 - 14 Disember 2014 PWTC | Diskaun Sehingga 70%

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

LELONG BUKU & JUALAN GUDANG

Kredit : Laman Web YPBN


PROGRAM   :  EKSPO BUKU MALAYSIA

TARIKH        :  10–14 DISEMBER 2014

TEMPAT       :  PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC),  KUALA LUMPUR

ANJURAN    :   YAYASAN PEMBANGUNAN BUKU NEGARA (YPBN)



Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) akan menganjurkan Ekspo Buku Malaysia, pada 10 hingga 14 Disember 2014 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Dewan Tun Hussien Onn PWTC, Kuala Lumpur. Diskaun buku-buku sehingga 70% dan boleh digunakan untuk dapat pengecualian cukai 2015!



Ekspo buku kali keempat anjuran YPBN ini akan menghimpunkan 150 gerai yang disertai oleh 50 syarikat pengedar dan penerbit buku dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Brunei dan China. Mari bawa anak-anak sempena cuti sekolah untuk memupuk budaya membaca dikalangan mereka. Boleh rujuk entri lama untuk dapatkan gambaran jenis buku yang dijual.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC Kuala Lumpur | 24 April - 4 Mei 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JOM BORONG BUKU



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan bermula esok 24 April hingga 4 Mei 2014. Lokasi seperti biasa di PWTC Kuala Lumpur. Pelbagai syarikat penerbit buku akan menyertai program ini. Apa yang pasti anda akan mendapat diskaun istimewa bagi buku-buku terpilih. Boleh lah borong supaya dapat pelepasan cukai.



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 akan dibuka pada jam 10 pagi setiap hari. Mereka yang mempunyai anak kecil eloklah bawa mereka melihat buku-buku dan mendidik budaya membaca sejak dari kecil.



Masuk adalah percuma. Anda boleh menggunakan pengangkutan awam ke PWTC atau parking di Hentian Putra. Selamat memborong!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran Matta Fair 14 - 16 Mac 2014 | PWTC Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MATTA FAIR 2014



MATTA FAIR 2014 akan bermula dari 14 hingga 16 Mac 2014 di PWTC, Kuala Lumpur. Trajedi #MH370 masih lagi bermain di fikiran rakyat Malaysia. Banyak sungguh dugaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ni. Jerebu yang semakin teruk tanpa hujan menjejaskan promosi yang telah dijalankan sebelum ini.


Bagi mereka yang gemar melancong jom kita ke PWTC Kuala Lumpur untuk mendapatkan promosi pelancongan edisi terhad di MATTA FAIR 2014.


Nama Program : MATTA FAIR 2014
Tarikh : 14 - 16 Mac 2014
Masa : 10 am - 9 pm
Tempat : PWTC Kuala Lumpur
Bayaran Masuk : RM 4 seorang Klik sini


Untuk peta lokasi, parking dan pengangkutan awam ke PWTC boleh rujuk sini [klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Trofi Piala Dunia 2014 Di PWTC Kuala Lumpur | 5 Januari

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JOM PAKAT KE PWTC!

GAMBAR TROFI PIALA DUNIA 2014 DI PWTC KUALA LUMPUR, BILA TROFI PIALA DUNIA SAMPAI DI PTWC BILA


Bagi menghangatkan bahang Piala Dunia 2014, Coca Cola selaku penaja rasmi menjelajah ke seluruh benua untuk memberi peluang kepada peminat bola sepak melihat sendiri secara langsung trofi pertandingan paling berprestij itu. Kuala Lumpur bertuah kerana dipilih oleh FIFA sebagai salah satu destinasi persinggahan trofi itu dalam Jelajah Trofi Piala Dunia FIFA 2014.



Hari ini para peminat sekalian boleh berkunjung ke Dewan Tun Hussein Onn, PWTC seawal jam 9.00 pagi untuk bergambar dan melihat dengan lebih dekat trofi yang bakal dijulang oleh bakal juara pada Julai nanti. Brazil selaku tuan rumah adalah pasukan pilihan bersama Argentina, Spain dan Germany.



Jangan lepaskan peluang ini! Kepada mereka yang merancang untuk berkahwin, Pameran Pengantin Malaysia 2014 turut diadakan di tempat yang sama. Sila rujuk entri ini untuk info lanjut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran Pengantin Malaysia 3 - 5 Januari 2014 | PWTC Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MUSIM MENGAWAN 2014

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2014 DI PWTC, PAMERAN PENGANTIN 3 HINGGA 5 JANUARI 2014


Kepada bakal pengantin atau mereka yang merancang untuk menamatkan zaman bujang anda dijemput untuk menghadiri Pameran Pengantin Malaysia 2014 yang sedang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur bermula hari ini (3 Januari 2014). Pameran ini akan diadakan selama 3 hari dan akan berakhir pada 5 Januari 2014.



Anda boleh kunjungi Pameran Pengantin Malaysia 2014 seawal jam 10 pagi hingga jam 9 malam. Masuk adalah PERCUMA! Pelbagai pakej menarik ditawarkan. Cuma kita perlu bijak memilih mengikut bajet yang ada. Jangan terlalu membazir dan terpaksa buat pinjaman yang akan membebankan kita selepas berumahtangga nanti.



Tak tahu cara ke PWTC? Rujuk entri ini. Parking agak mahal dan jalan sudah pastinya sesak sempena Tahun Melawat Malaysia. Gunakan pengangkutan awam sebagai opsyen. Layari Facebook Pameran Pengantin dan UrbanVibe untuk maklumat lanjut. Adioss.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pesta Buku Lelong Malaysia PWTC 11-15 Disember 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

EXPO BUKU MALAYSIA 2013


Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) sedang menganjurkan Pesta Buku Malaysia 2013 sempena musim cuti sekolah ini. Jom kita beramai-ramai mengunjungi expo ini yang akan berakhir pada 15 Disember 2013 (Ahad).



Terdapat juga buku-buku yang dilelong pada harga yang sangat murah. Sesuai untuk anak-anak yang suka membaca dan membuat ulang kaji sebelum peperiksaan tahun hadapan.



Diskaun buku sehingga 70%! Expo ini akan dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam bertempat di PWTC Kuala Lumpur.



Jangan lepaskan peluang ini. Sebelum pulang bercuti eloklah singgah sebentar untuk melihat buku-buku menarik. Bagi yang tinggal berdekatan dengan The MINES anda boleh ke Pesta Buku Big Bad Wolf 2013 yang juga sedang berlangsung ketika ini. Rujuk entri ini.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pameran Pengantin Malaysia 2013 | 27 - 29 September di PWTC Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

JOM KAHWIN LAGI

FESTIVAL PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA SEPTEMBER 2013 DI PWTC KUALA LUMPUR, CARA KE PWTC PENGANGKUTAN AWAM, HADIAH PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2013


Berita baik untuk pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka hujung tahun ini atau awal tahun depan. Pameran Pengantin Malaysia akan diadakan pada 27 - 29 September 2013 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Program ini akan disertai oleh pelbagai syarikat perkhidmatan perkahwinan seperti katering, photografi, solekan, baju pengantin, pelamin dan macam-macam lagi.



Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan promosi hebat di hari bahagia anda nanti. Like Facebook Pameran Pengantin untuk menyertai pertandingan LIKE, SHARE & WIN dan berpeluang memenangi satu set perabot bilik tidur ataupun 1 gram emas 999



Tak tahu cara ke PWTC? Baca entri ini untuk melihat pilihan pengangkutan awam yang disediakan [klik]. Pameran akan dibuka pada jam 10 pagi hingga 9 malam. Masuk PERCUMA!..

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MATTA FAIR 2013 | 6 - 8 September | PWTC Kuala Lumpur

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

WITM-MATTA FAIR SEPTEMBER 2013

MATTA FAIR 2013 SEPTEMBER PWTC KUALA LUMPUR, MATTA FAIR 2013 BANNER POSTER


MATTA FAIR 2013 yang akan diadakan minggu hadapan pada 6 hingga 8 September merupakan edisi ke-36 di Kuala Lumpur. Buat julung kalinya, MATTA FAIR akan diadakan bersekali dengan World Islamic Tourism Mart (WITM) dan bergabung menjadi WITM-MATTA FAIR SEPTEMBER 2013.


Bagi mereka yang gemar melancong jom kita ke PWTC Kuala Lumpur untuk mendapatkan promosi pelancongan edisi terhad di MATTA FAIR 2013.


Nama Program : MATTA FAIR 2013
Tarikh : 6 - 8 Sept 2013
Masa : 10 am - 9 pm
Tempat : PWTC Kuala Lumpur

Bayaran Masuk : Klik sini


Untuk peta lokasi, parking dan pengangkutan awam ke PWTC boleh rujuk sini [klik]

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/