Showing posts with label lelong. Show all posts

 

PC Expo : Jualan Penghabisan Stok Barangan IT & Mobile 2015 | Sebelum GST

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

LELONG PERALATAN IT 



Menjelang 1 April 2015 di mana Malaysia akan menggunakan sistem percukaian yang baru (GST), banyak syarikat terutamanya yang menjual barangan IT berlumba-lumba untuk menghabiskan stok lama sebelum dikenakan cukai baru. 



Bagi penggemar IT dan telefon bimbit inilah masa yang paling sesuai untuk anda mencari dan memborong peralatan yang akan dilelong pada harga yang sangat rendah. Difahamkan potongan harga sehingga 70% untuk pelbagai barangan seperti aksesori komputer, pencetak, telefon bimbit dan macam-macam lagi.



Jangan ketinggalan untuk datang ke:

Program : PC Expo IT & Mobile Clearance Sale 

Tarikh :   21 hingga 22 Mac 2015 

Tempat : Hall 6, Kuala Lumpur Convention Centre

Masa : 11.00 am - 9.00 pm

Bayaran Masuk : Percuma

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Ekspo Pesta Buku Malaysia 10 - 14 Disember 2014 PWTC | Diskaun Sehingga 70%

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

LELONG BUKU & JUALAN GUDANG

Kredit : Laman Web YPBN


PROGRAM   :  EKSPO BUKU MALAYSIA

TARIKH        :  10–14 DISEMBER 2014

TEMPAT       :  PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC),  KUALA LUMPUR

ANJURAN    :   YAYASAN PEMBANGUNAN BUKU NEGARA (YPBN)



Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) akan menganjurkan Ekspo Buku Malaysia, pada 10 hingga 14 Disember 2014 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Dewan Tun Hussien Onn PWTC, Kuala Lumpur. Diskaun buku-buku sehingga 70% dan boleh digunakan untuk dapat pengecualian cukai 2015!



Ekspo buku kali keempat anjuran YPBN ini akan menghimpunkan 150 gerai yang disertai oleh 50 syarikat pengedar dan penerbit buku dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Brunei dan China. Mari bawa anak-anak sempena cuti sekolah untuk memupuk budaya membaca dikalangan mereka. Boleh rujuk entri lama untuk dapatkan gambaran jenis buku yang dijual.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pesta Buku Lelong Malaysia PWTC 11-15 Disember 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

EXPO BUKU MALAYSIA 2013


Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) sedang menganjurkan Pesta Buku Malaysia 2013 sempena musim cuti sekolah ini. Jom kita beramai-ramai mengunjungi expo ini yang akan berakhir pada 15 Disember 2013 (Ahad).



Terdapat juga buku-buku yang dilelong pada harga yang sangat murah. Sesuai untuk anak-anak yang suka membaca dan membuat ulang kaji sebelum peperiksaan tahun hadapan.



Diskaun buku sehingga 70%! Expo ini akan dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam bertempat di PWTC Kuala Lumpur.



Jangan lepaskan peluang ini. Sebelum pulang bercuti eloklah singgah sebentar untuk melihat buku-buku menarik. Bagi yang tinggal berdekatan dengan The MINES anda boleh ke Pesta Buku Big Bad Wolf 2013 yang juga sedang berlangsung ketika ini. Rujuk entri ini.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Sekitar Pesta Buku 1 Malaysia 2013 | Lelong hingga 80%

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

PESTA BUKU 1 MALAYSIA 2013 | 30 JAN - 3 FEB

PESTA BUKU 1 MALAYSIA 2013 PWTC KUALA LUMPUR,GAMBAR PESTA BUKU 1 MALAYSIA PWTC,DISKAUN LELONG BUKU 2013


Tinggal 2 hari saja lagi untuk anda semua kunjungi Pesta Buku 1 Malaysia 2013 [klik]. Semalam sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan 2013 sempatlah kami pergi ke PWTC. Memang tak ramai orang lagi sebab semalam KL je yang cuti.


Mula-mula sampai je kami pergi ke Galeri Maembong. Korang kenal Emma Maembong & Cha Cha Maembong? Dorang pun ada sekali kat sana dengan Ahmad Idham. Maybe ada kaitan dengan famili dorang la kan. Galeri ni mempamerkan serba sedikit sejarah Melaka dan kisah Tun Tuah 5 bersaudara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/