Sekitar Pesta Buku 1 Malaysia 2013 | Lelong hingga 80%
Penulis: Que | Kategori: diskaun , event , kempen , lelong , pesta buku , promosi
PESTA BUKU 1 MALAYSIA 2013 | 30 JAN - 3 FEB
Tinggal 2 hari saja lagi untuk anda semua kunjungi Pesta Buku 1 Malaysia 2013 [klik]. Semalam sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan 2013 sempatlah kami pergi ke PWTC. Memang tak ramai orang lagi sebab semalam KL je yang cuti.
Mula-mula sampai je kami pergi ke Galeri Maembong. Korang kenal Emma Maembong & Cha Cha Maembong? Dorang pun ada sekali kat sana dengan Ahmad Idham. Maybe ada kaitan dengan famili dorang la kan. Galeri ni mempamerkan serba sedikit sejarah Melaka dan kisah Tun Tuah 5 bersaudara.
Banyak lukisan berkaitan sejarah negeri Melaka yang ditonjolkan oleh Tokoh Pelukis Negara : Ismail Embong.
Siapa yang ingat lagi Sulalatus Salatin??
Cerita dalam bentuk lukisan setiap peristiwa penting dalam Sejarah Kesultanan Melayu Melaka
Lukisan yang menunjukan pertarungan antara Hang Tuah & Taming Sari
Lepas tu kami naik ke tingkat atas untuk tengok pameran buku pulak. Macam-macam booth ada dari buku ilmiah,kanak-kanak, hiburan dan juga keagamaan. Harga pulak memang lebih murah dari hari biasa. Ada buku lelong pada harga serendah RM 1 hingga RM 20.
Buku yang diadaptasi dari siri rancangan Oh! My English. Buku ni dijual pada harga RM 16 (harga sebenar RM 20). Sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang tidak jemu untuk belajar memantapkan bahasa Inggeris mereka. Jom beli buku Wow! My English.
Sebagai salah seorang peminat badminton, aku beli lah buku lama ni. Harga lelong RM 10 je. Nanti boleh dikongsikan cerita ini dengan korang dalam blog Kafe Que ;)
Oklah. Selamat berkunjung ke Pesta Buku 1 Malaysia 2013 [rujuk info kat sini]
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
February 2, 2013 at 7:18 PM
leeza memerlukan buku2 yg tahun 1 n tadika.
[Reply to comment]February 2, 2013 at 7:43 PM
@Leeza dayasari [santai leeza] Ada jugak kat sana. Hehe