Diskaun Rebat Tol Tahun Baru Cina 2014
Penulis: Que | Kategori: balik kampung , cuti sekolah , diskaun , isu semasa , jimat duit , lebuh raya , perayaan , plus , rebat , smarttag , tol , touch n go
DISKAUN & REBAT 5 % - 37.5 %
Menjelang Perayaan Tahun Baru Cina 2014 esok pengguna lebuhraya akan menikmati diskaun dan rebat tol 5% hingga 37.5% di beberapa plaza tol terpilih. 18 lebuhraya akan memberikan diskaun tertentu pada kenderaan kelas pertama bermula 29 Januari sehingga 4 Februari 2014.
Antara lebuhraya yang terlibat adalah :
SMART, AKLEH, GUTHRIE, LKSA, DUKE, SKVE, KLK, LPT1, NPE, MEX, NNKSB, Besraya, SDE, LDP, SPRINT, LEKAS and BORR.
Rebat 20 % | PLUS
PLUS pula akan memberikan rebat 20% kepada pengguna kelas pertama yang menggunakan SmartTAG dan Touch n Go untuk 5 lebuhraya dari 29 Januari hingga 4 Februari 2014. Lebuhraya tersebut ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), PDH, ELITE, KLBK dan LINKEDUA.
Bagi lebuhraya di Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar terkecuali dari tawaran rebat ini.
Diskaun 20 % | LPT
Pengguna Touch ‘n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20 % sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina. akan berkuat kuasa dari 12 tengah malam Jumaat ini (31 Jan) hingga 11.59 malam pada keesokannya (1 Feb).
Jom pakai kad Touch & Go untuk menjimatkan masa perjalanan anda |
Diskaun 10 % | Besraya, NPE & LEKAS
Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS) akan memberikan diskaun tol 10 % bagi kenderaan kelas satu sempena Tahun Baru Cina ini. Pengguna Lebuhraya Besraya dan NPE Kelas satu diberikan diskaun 10 % bagi semua plaza tol. Sementara, pengguna Lebuhraya LEKAS diberi diskaun 10 % bagi Plaza Tol Ampangan sahaja bermula 31 Januari pada pukul 12.01 pagi sehingga 12 tengah malam.
Nota : 10 lebuhraya (SMART, AKLEH, GUTHRIE, LKSA, DUKE, MEX, NNKSB, LDP, SPRINT and BORR) akan memberikan diskaun kepada semua pengguna.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
January 30, 2014 at 12:22 PM
Satu alternatif yang baik buat pemandu.
[Reply to comment]January 30, 2014 at 12:31 PM
Menarik rebat tol untuk kali ini.
[Reply to comment]January 30, 2014 at 5:54 PM
berbaloi guna h way cuti besar-besar tahun baru cina dan hari raya puasa, dapat rebat.
[Reply to comment]