Showing posts with label labuan. Show all posts

 

Program Aktiviti Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2015 Putrajaya

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

KIBAR BENDERA





1 Februari 2015 merupakan Hari Wilayah Persekutan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Memandangkan tahun ini sambutan Hari Wilayah 2015 jatuh pada hari Ahad maka 2 Februari 2015 (Isnin) diisytiharkan cuti. Mereka yang berkerja di kawasan Wilayah Persekutuan akan menikmati cuti tambahan sehingga Thaipusam. Tahniah!



Tema sambutan Hari Wilayah 2015 ialah "Wilayahku Ceria" berasaskan kepada rasa kekitaan yang juga mengetengahkan elemen perpaduan bagi memupuk semangat toleransi serta mengaspirasikan Wilayah Persekutuan sebagai kejiranan komuniti yang ceria, bersih dan indah. Justeru, semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran agar mengibar bendera bagi menyemarakkan semangat cintakan Wilayah Persekutuan.



Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama semua pihak berkuasa negeri terlibat akan menganjurkan pelbagai aktiviti bermula Januari sehingga Mac 2015. Antaranya program Kempen Kibar Bendera, Majlis Tahlil dan Doa Selamat, Kenduri 1 Wilayah, Konvoi Berbasikal dan macam-macam lagi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Aktiviti Promosi Hari Wilayah Persekutuan 2014 | 3 Februari 2014 Cuti !

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

DISKAUN KOMPAUN DBKL



1 Februari 2014 merupakan Hari Wilayah Persekutan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Memandangkan tahun ini sambutan Hari Wilayah 2014 bertindih dengan Perayaan Tahun Baru Cina pada 31 Januari dan 1 Februari maka 3 Februari 2014 diisytiharkan cuti. Mereka yang berkerja di kawasan Wilayah Persekutuan akan menikmati cuti tambahan. Tahniah!



Tema sambutan Hari Wilayah 2014 ialah "Wilayah Persekutuan Ceria" bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Menjadi aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang ingin menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai sebuah bandar yang ceria dalam aspek persekitaran yang bersih serta indah, kemudahan perumahan yang kondusif dan selamat, sistem pengangkutan dan jaringan lalulintas yang sistematikdan berteknologi tinggi.



Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan Februari ini untuk penduduk Wilayah Persekutuan dan kawasan sekitarnya. Antaranya Konvoi Berbasikal, Kenduri 1 Wilayah dan Forum Perdana. Pihak DBKL juga memberi diskaun kompaun RM 30 sahaja kepada semua kesalahan trafik bermula 1 Februari hingga 8 Mac 2014. Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/