DISKAUN KOMPAUN DBKL
1 Februari 2014 merupakan Hari Wilayah Persekutan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Memandangkan tahun ini sambutan Hari Wilayah 2014 bertindih dengan Perayaan Tahun Baru Cina pada 31 Januari dan 1 Februari maka 3 Februari 2014 diisytiharkan cuti. Mereka yang berkerja di kawasan Wilayah Persekutuan akan menikmati cuti tambahan. Tahniah!
Tema sambutan Hari Wilayah 2014 ialah "Wilayah Persekutuan Ceria" bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Menjadi aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang ingin menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai sebuah bandar yang ceria dalam aspek persekitaran yang bersih serta indah, kemudahan perumahan yang kondusif dan selamat, sistem pengangkutan dan jaringan lalulintas yang sistematikdan berteknologi tinggi.
Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang bulan Februari ini untuk penduduk Wilayah Persekutuan dan kawasan sekitarnya. Antaranya Konvoi Berbasikal, Kenduri 1 Wilayah dan Forum Perdana. Pihak DBKL juga memberi diskaun kompaun RM 30 sahaja kepada semua kesalahan trafik bermula 1 Februari hingga 8 Mac 2014. Pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa bersama-sama notis kompaun.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq