Showing posts with label zero. Show all posts

 

Keputusan Akhir Maharaja Lawak Mega 2014 | Zero Juara

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2014



Tahniah Zero kerana dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 sebentar tadi. Mereka menewaskan pelawak senior seperti Sepahtu, Shiro, Nabil dan Bocey. Jep Sepahtu dinobatkan sebagai pemenang "Man Of The Match" final MLM 2014.



Bertemakan bebas dan muzikal komedi, persembahan pertama dari kumpulan Bocey agak hambar. Mujurlah Zero berjaya menaikkan mood lawak dengan lawak dan punchline yang menjadi. Tampil dengan konsep tarian singa sempena perayaan Tahun Baru Cina, kelainan seperti itu yang penonton mahukan.



Mereka bermula dengan pusingan Hot Seat dan berbekalkan semangat dan nawaitu yang murni, rezeki mereka melimpah ruah malam ini. Tahniah Zero! Ingat di mana kalian semua bermula. Semoga sukses selalu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Final Maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

ZERO BAKAL JUARA?

SIARAN LIVE MAHARAJALAWAK MEGA 2014 DI ASTRO WARNA


Kumpulan Virus gagal menjadi kumpulan terakhir yang gagal meneruskan langkah mereka dalam perebutan mahkota juara Maharaja Lawak Mega 2014. Selepas beberapa aksi kurang konsisten, akhirnya mereka terpaksa akur dengan markah juri dan undian peminat. Yus dan Tauke yang dikenali dengan kumpulan Jambu dilihat lebih menonjol berbanding bersama Virus.



Penyertaan Zizan dalam kumpulan Virus agak mencacatkan persembahan Yus dan Tauke. Kontroversi denmi kontroversi yang melanda juga tidak membantu mereka meraih undi simpati peminat. Pentas Maharaja Lawak Mega Akhir bakal menampilkan 5 peserta iaitu Zero, Sepahtu, Nabil, Shiro dan Bocey.



Kejutan kumpulan Zero membuktikan populariti semata-mata tidak menjamin tempat ke final. Kesungguhan yang ditunjukkan mereka bermula dari pusingan Hot Seat hingga ke peringkat akhir wajar dipuji. Benar kata orang, bila seseorang itu sudah berjaya mereka akan cepat lupa diri. Jadi kumpulan Zero jangan sombong bila sudah berjaya nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Final Maharaja Lawak Mega 2014 Stadium Putra Bukit Jalil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

CEPAT SEBELUM HABIS

ticket maharajalawak akhir 2014


Berita paling hangat untuk semua peminat rancangan Maharaja Lawak Mega 2014. Minggu depan 6 Februari 2015 merupakan pentas akhir MLM 2014. 6 kumpulan peserta bakal bersaing untuk merebut tempat ke final. Tiket-tiket akan dijual bermula pada harga RM 33, RM 53, RM 83 dan VVIP RM 999. Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.



Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2014

Tarikh: 6 Februari 2015
Masa : 10 - 11.30 malam
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil
Harga : RM83.00 (Arena), RM53.00 (Upper Tier 1) dan RM33.00 (Upper Tier 2)
Siaran Langsung : Astro Warna (132) & Mustika HD (134)

 

Tiket hanya boleh dibeli di ticketpro.com.mySiapakah bakal bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2014? Antara Sepahtu, Shiro, Nabil, Bocey, Virus dan Zero!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

SIARAN LANGSUNG MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 DI ASTRO WARNA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

KUMPULAN VIRUS CALON JUARA?

SIARAN LIVE MAHARAJALAWAK MEGA 2014 DI ASTRO WARNA

Tiket Masuk Percuma MLM2014 di sini [Klik]

Program lawak nombor satu negara kembali! Maharaja Lawak Mega 2014 merupakan edisi ke-4 dengan menampilkan barisan pelawak lama dan baru. Buat pertama kalinya tiada peserta dari Indonesia dalam rancangan yang bertemakan 'Super Hero' tahun ini. #superherolawak



Sistem pemarkahan pula akan meliputi 70 peratus penilaian dari juri tetap dan jemputan manakala 30 peratus lagi undian dari peminat.  Para peserta diberi kebebasan untuk membentuk kumpulan mereka sendiri. Beberapa gandingan baru bakal diuji keserasian mereka dengan Zizan dan Rahim R2 mengubah haluan mereka kali ini.



Setelah berakhir Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2014, lima kumpulan baru akan menyertai senarai 10 kumpulan peserta yang layak secara automatik. Antara kumpulan yang bakal bertanding ialah Bocey, Kepoh, Sepahtu, Virus, Shake, Comey, Nabil, Shiro, Ekzos, Wala, Jalor, Sayot, SYJ, Samurai dan Zero.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

SIARAN LANGSUNG MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 DI ASTRO WARNA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

VIRUS LAWAK KEMBALI

LIVE MAHARAJALAWAK MEGA 2013 ASTRO 15 NOV, LANGSUNG MLM 2013 DI ASTRO MUSTIKA, PROGRAM MAHARAJA LAWAK MEGA 2013
Kredit : www.sinar.fm
Koleksi Video Maharaja Lawak Mega 2013  [Klik]

Program lawak nombor satu negara kembali! Maharaja Lawak Mega 2013 merupakan edisi ke-3 dengan menampilkan barisan pelawak lama dan baru. Format pertandingan masih sama dengan peserta diwakili dari tiga buah negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia.



Sistem pemarkahan pula akan meliputi 70 peratus penilaian dari juri tetap dan jemputan manakala 30 peratus lagi undian dari peminat.  Apa yang berbeza kali ini adalah penyertaan para peserta yang bebas untuk membentuk kumpulan mereka sendiri.



Setelah berakhir kerusi panas Maharaja Lawak Mega 2013, tiga kumpulan baru akan menyertai senarai 13 kumpulan peserta yang layak secara automatik. Antara kumpulan yang bakal bertanding ialah Sepahtu, Nabil, Jambu, Boboi, Saywho, Shiro, Wala, Comey, Osama, Tulang, Bocey, Kucai, SYJ, Zero, Mamu dan Gerak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tonton Online Video Penuh Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

TERIMA KASIH ASTRO GEMPAK




Video Maharaja Lawak Mgea 2013 - Minggu 1 [Klik]

Terima kasih Astro Gempak kerana memberi video streaming percuma secara HD untuk rancangan Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013. Nampaknya strategi promosi Astro semakin bijak. Mungkin mereka ingin menarik pelanggan baru sebelum bermulanya minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2013 pada 15 November ini.



LAWAK ZERO MAWAR MEKAR BERDURI, MAHARAJA LAWAK 2013 KERUSI PANAS FREE ONLINEKepada yang tidak berpeluang menyaksikan video penuh Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 anda bolehlah tonton di sini secara percuma. Mari kita nilai juri dan peserta yang beraksi semalam. Ada dikalangan kita yang tidak puas hati dengan keputusan juri. Ramai yang suka kumpulan Shake tetapi mereka gagal melayakkan diri ke MLM 2013.



Selamat mononton! Semoga terhibur dengan persembahan Mamu, Zero dan Shake.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

HAMPIR TEPAT


ZERO LAYAK KE MAHARAJA LAWAK 2013, VIDEO KERUSI PANAS 2013 ZERO MAMU GERAK SHAKE BELL AMIR, LAWAK ZERO SEMALAM

Video Penuh Kerusi Panas Maharaja Lawak 2013 Percuma [Klik]

Baru sahaja sebentar tadi pengumuman rasmi pemenang Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 Astro dibuat. Nampaknya 2 daripada 3 kumpulan yang aku jangka berjaya dipilih iaitu Zero dan Mamu. Tapi malangnya kumpulan Shake (Bell & Amir Amerika) terkandas dan digantikan dengan kumpulan Gerak.  Rata-rata penonton seakan memilih kumpulan Shake tetapi apakan daya markah ditentukan oleh juri 'profesional ' katanya.



Aznil dilihat paling berlapik ketika memberi komen. Azwan Ali pulak ikut sedap hati je melaser orang. Cuba kalau dia pulak buat persembahan atas pentas. Harus kena baling dengan kerusi. Hattan banyak mempersoalkan penyanyi yang ingin mencuba untuk berlawak seperti makcik Ros dan Fida.



Keputusan akhir sudah dibuat. Kita tak boleh nak patah balik. Redha sajalah dengan pemilihan 3 kumpulan menerusi tiket kerusi panas ke pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 minggu depan. Tahniah Zero, Mamu dan Gerak!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/