Showing posts with label zizan. Show all posts

 

Keputusan Akhir Super Spontan All Stars Final 30 Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

JOHAN ATAU ZIZAN??



Persaingan merebut Juara Super Spontan All Stars menghampiri kemuncaknya. Malam ini 6 peserta bakal mempamerkan kehebatan lawak spontan sambil mengharapkan tuah undian memihak kepada mereka. Zizan, Johan, Tauke, Yus, Rahim dan Achey akan menggamatkan suasana malam anda di kaca TV dan Dewan Raja Muda Musa Shah Alam tepat jam 10 pm.



Setelah 9 minggu anda tentu sudah nampak siapa lebih berbakat dan lebih bijak dalam berlawak spontan. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dengan lawak malas. Kehadiran artis jemputan seperti Mark Adam telah membuka lembaran baru dalam dunia hiburan lawak tanah air. Seronok juga ada orang yang kurang fasih berbahasa Melayu dijadikan bahan.



Apa yang paling penting penentu juara malam ini yang akan merebut hadiah bernilai RM 150,000.00 adalah berdasarkan populariti dan undian. Walaupun peserta itu kurang bijak dan tidak mengikut tema tetapi jika ramai yang mengundi, beliau masih berpeluang untuk menang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Final Maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

ZERO BAKAL JUARA?

SIARAN LIVE MAHARAJALAWAK MEGA 2014 DI ASTRO WARNA


Kumpulan Virus gagal menjadi kumpulan terakhir yang gagal meneruskan langkah mereka dalam perebutan mahkota juara Maharaja Lawak Mega 2014. Selepas beberapa aksi kurang konsisten, akhirnya mereka terpaksa akur dengan markah juri dan undian peminat. Yus dan Tauke yang dikenali dengan kumpulan Jambu dilihat lebih menonjol berbanding bersama Virus.



Penyertaan Zizan dalam kumpulan Virus agak mencacatkan persembahan Yus dan Tauke. Kontroversi denmi kontroversi yang melanda juga tidak membantu mereka meraih undi simpati peminat. Pentas Maharaja Lawak Mega Akhir bakal menampilkan 5 peserta iaitu Zero, Sepahtu, Nabil, Shiro dan Bocey.



Kejutan kumpulan Zero membuktikan populariti semata-mata tidak menjamin tempat ke final. Kesungguhan yang ditunjukkan mereka bermula dari pusingan Hot Seat hingga ke peringkat akhir wajar dipuji. Benar kata orang, bila seseorang itu sudah berjaya mereka akan cepat lupa diri. Jadi kumpulan Zero jangan sombong bila sudah berjaya nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

SIARAN LANGSUNG MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 DI ASTRO WARNA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

KUMPULAN VIRUS CALON JUARA?

SIARAN LIVE MAHARAJALAWAK MEGA 2014 DI ASTRO WARNA

Tiket Masuk Percuma MLM2014 di sini [Klik]

Program lawak nombor satu negara kembali! Maharaja Lawak Mega 2014 merupakan edisi ke-4 dengan menampilkan barisan pelawak lama dan baru. Buat pertama kalinya tiada peserta dari Indonesia dalam rancangan yang bertemakan 'Super Hero' tahun ini. #superherolawak



Sistem pemarkahan pula akan meliputi 70 peratus penilaian dari juri tetap dan jemputan manakala 30 peratus lagi undian dari peminat.  Para peserta diberi kebebasan untuk membentuk kumpulan mereka sendiri. Beberapa gandingan baru bakal diuji keserasian mereka dengan Zizan dan Rahim R2 mengubah haluan mereka kali ini.



Setelah berakhir Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2014, lima kumpulan baru akan menyertai senarai 10 kumpulan peserta yang layak secara automatik. Antara kumpulan yang bakal bertanding ialah Bocey, Kepoh, Sepahtu, Virus, Shake, Comey, Nabil, Shiro, Ekzos, Wala, Jalor, Sayot, SYJ, Samurai dan Zero.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/