Showing posts with label super spontan. Show all posts

 

Keputusan Akhir Super Spontan All Stars Final 30 Oktober 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

JOHAN ATAU ZIZAN??



Persaingan merebut Juara Super Spontan All Stars menghampiri kemuncaknya. Malam ini 6 peserta bakal mempamerkan kehebatan lawak spontan sambil mengharapkan tuah undian memihak kepada mereka. Zizan, Johan, Tauke, Yus, Rahim dan Achey akan menggamatkan suasana malam anda di kaca TV dan Dewan Raja Muda Musa Shah Alam tepat jam 10 pm.



Setelah 9 minggu anda tentu sudah nampak siapa lebih berbakat dan lebih bijak dalam berlawak spontan. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dengan lawak malas. Kehadiran artis jemputan seperti Mark Adam telah membuka lembaran baru dalam dunia hiburan lawak tanah air. Seronok juga ada orang yang kurang fasih berbahasa Melayu dijadikan bahan.



Apa yang paling penting penentu juara malam ini yang akan merebut hadiah bernilai RM 150,000.00 adalah berdasarkan populariti dan undian. Walaupun peserta itu kurang bijak dan tidak mengikut tema tetapi jika ramai yang mengundi, beliau masih berpeluang untuk menang.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tiket Pas Masuk Percuma Final Super Spontan 24 Oktober 2014 | MITC Melaka

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PERCUBAAN KETIGA JOHAN

TIKET PERCUMA FINAL SUPER SPONTAN 2014 DI MELAKA, harga tiket super spontan akhir 2014, harga tiket untuk masuk ke super spontan di mitc melaka



Dalam episod separuh akhir yang lalu, Rahim (Underteko) dan Jihan (Jihan Everdeen) dari kumpulan Mawas Berduri terpaksa melupakan hasrat beraksi di pentas final selepas mereka berdua dipilih sebagai peserta yang tersingkir. 



Penyingkiran dua peserta itu bermakna laluan enam peserta yang tinggal iaitu Yus (Sugar Kane), Johan (Abe Macho), Shuib (Raksasa Comey), Tauke (John Senah), Shahrol (Super Gayung) dan Achey (Acik Gelek) akan berentap sengit pada Jumaat ini di Melaka Bandaraya Bersejarah bagi merebut hadiah bernilai RM 100,000.




Jom saksikan Final Super Spontan 2014! Datang ke MITC , Melaka, hari Jumaat bermula jam 10 pagi untuk dapatkan tiket dan pas masuk percuma. Siapa bakal menjulang trofi juara Super Spontan 2014? Mampukah Johan menamatkan badi final kali ini?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Tiket Pas Masuk Percuma Separuh Akhir Super Spontan 17 Oktober 2014 | Kuantan Pahang

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SEMI FINAL BIAWAK LASER VS MAWAS BERDURI





Jom saksikan Super Spontan 2014 separuh akhir! Datang ke Stadium SUKPA, Kuantan hari ini bermula jam 10 pagi untuk dapatkan tiket dan pas masuk percuma. Tinggal 8 peserta dari Biawak Laser dan Mawas Berduri yang akan merebut 6 tempat ke final minggu depan.



Mawas Berduri yang menang minggu lepas mempertaruhkan barisan terbaik mereka antaranya Johan, Rahim, Jihan dan Yus. Biawak Laser pula kini hanya tinggal Tauke, Shahrol, Shuib dan Achey. 



Tiket adalah terhad. Orang-orang Kuantan jom pakat tengok! Bagi yang tidak berkesempatan ke stadium, anda boleh menyaksikan Siaran Langsung Semi Final Super Spontan 2014 di kaca TV anda.



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Super Spontan 2014 Astro Warna & Mustika HD

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

LAWAK SPONTAN KEMBALI



Setelah menobatkan Zizan Razak dan Jep Sepahtu sebagai juara pada musim terdahulu, program realiti bercorak permainan yang menampilkan para selebriti bermain komedi secara improvisasi kini kembali dengan judul Warna Super Spontan. Program realiti yang sudah pun memasuki musim yang ketiga ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro WARNA di saluran 132 dalam pakej Mustika setiap Jumaat bermula 29 Ogos 2014, jam 10.00 malam dan ditayangkan serentak di Mustika HD (saluran 134).



Seramai 14 orang peserta lawak akan membarisi rancangan Super Spontan 2014. Kumpulan pertama dinamakan Mawas Berduri yang diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Johan Raja Lawak, Syuk, Jihan Muse, Rahim, Fad, Didie Alias dan Yus.



Manakala kumpulan kedua dengan nama Biawak Laser akan diuruskan oleh Reza dan dibarisi oleh Shuib, Taukeh, Shahrol, Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Juara Super Spontan 2013 | Hadiah Lumayan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

JEP JUARA SUPER SPONTAN 2013


JUARA SUPER SPONTAN 2013, KEPUTUSAN FINAL SUPER SPONTAN 1 NOV 2013, SUPER SPONTAN AKHIR KEPUTUSAN PENUH, SUPER SPONTAN AKHIR ASTRO FREE DOWNLOAD



Sebentar tadi baru sahaja berakhir Final Super Spontan 2013. Seperti dijangka Jep Sepahtu dinobatkan sebagai juara Super Spontan musim ke-2 menewaskan pencabar terdekatnya Johan. Sejak dari awal minggu undian memang memihak kepada Jep. Walaupun satu ketika Johan cuba mengejar tetapi pengundi Jep masih ramai.



Kalau korang perasan permainan malam tadi agak bosan. Tak macam musim pertama. Pengacara pun kelam kabut. Mujurlah 'Muzik Video Karaoke' menyelamatkan keadaan dengan aksi lucu dan improvisasi peserta. Cuma aku kurang setuju dengan keputusan undian yang diberitahu kepada para peserta sewaktu pertandingan. Tak suprise langsung.



Siap boleh buat lawak dengan markah orang pulak. Maybe next time Astro kena pertimbangkan isu ini. Berikut adalah keputusan akhir Super Spontan 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Panas] Tiket Final Super Spontan 2013 | 1 November Sungai Petani Kedah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

PAS MASUK PERCUMA SUPER SPONTAN 2013


TIKET FINAL SUPER SPONTAN 2013, HARGA TIKET PAS MASUK FINAL SUPER SPONTAN 2013 1 NOVEMBER, LOKASI TIKET FINAL SUPER SPONTAN 1.11.2013

Updates : Keputusan Final Super Spontan 2013 [Klik]

Minggu ini merupakan minggu terakhir pertandingan Super Spontan 2013. Tinggal 6 peserta sahaja yang akan merebut hadiah utama berjumlah RM 100,000. Siapakah juara pilihan anda antara Jep, Johan, Tauke, Yus, Nabil dan Rahim. Edisi Final Super Spontan 2013 akan diadakan di Dewan  Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah.



Kepada mereka yang teringin untuk menyaksikan Final Super Spontan 2013 secara langsung boleh dapatkan tiket atau pas masuk percuma di perkarangan Dewan Kenangan MPSP bermula jam 10 pagi hingga 4 petang pada hari Jumaat ini (1 November 2013).



Tiket adalah terhad. Orang-orang Kedah jom pakat tengok! Jumaat korang cuti so boleh lah beratur panjang-panjang. Bagi yang tidak berkesempatan ke Sungai Petani, Kedah, anda boleh menyaksikan Siaran Langsung Final Super Spontan 2013 di kaca TV anda.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Terkini : Tiket Masuk PERCUMA Super Spontan 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

ASTRO BAGI TIKET FREE?


tiket masuk percuma super spontan 2013 astro, pas masuk percuma super spontan 2013, tiket free super spontan 2013


Updates : Tiket Final Super Spontan 2013 [Klik]

Info terbaru yang kami dapat sebentar tadi, Astro akan mengedarkan pas masuk percuma untuk menyaksikan siaran pembukaan Super Spontan 2. Jadi kepada peminat setia Super Spontan boleh dapatkan tiket tersebut pada hari esok (Jumaat) jam 10 pagi di Pondok Pengawal North Entrance Astro, Bukit Jalil.



Siaran Langsung Super Spontan 2013 bermula malam esok. Menggabungkan muka lama dan baru, aksi spontan mereka pasti mencuit hati para penonton. Jangan terlepas menyaksikan Super Spontan 2013. Undi pasukan kegemaran anda dengan menaip SMS : SS<jarak>KKFC/SSFC ke 32777 atau SS<3/5/10><jarak>KKFC/SSFC ke 32777 '


*Nota : KKFC - Ketam Konfius FC | SSFC - Semut Sentap FC (Rujuk sini)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Super Spontan 2013 | Astro Warna & Mustika HD

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

MAMPUKAH JOHAN JADI JUARA MUSIM KE-2


super spontan 2, super spontan 2013 astro, jadual super spontan 2013, peserta super spontan 2013, juara super spontan 2013, cara nak dapatkan tiket super spontan 2013 astro


Updates : Tiket Final Super Spontan 2013[Klik sini]


Dalam rancangan Super Spontan Musim Pertama, Johan terpaksa berpuas hati di tempat ke-2 dibelakang Zizan yang dinobatkan Juara Super Spontan 2012. Kali ini ketiadaam Zizan mungkin memberi kelebihan kepada Johan. Seakan sama seperti namanya yang sedia 'Johan', beliau walaubagaimanapun perlu bersaing dengan 13 lagi peserta Super Spontan 2013.



Selain Johan yang dipanggil semula, turut dikekalkan ialah Tauke Jambu, Suhaimi Yusof dan Rahim R2. 10 lagi peserta baru terdiri daripada Along Raja Lawak, Yus Jambu, Nabil Raja Lawak, Ajak Shiro, Shuib Sepahtu, Eko SayWho, Munir, Jep Sepatu serta dua peserta wanita Almy Nadia dan Noorkhiriah.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/