Showing posts with label juri. Show all posts

 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 3 - WALA & BOCEY TERBAIK, SEPAHTU SPONTAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

GILIRAN JURI KENA KRITIK

PENYINGKIRAN KUMPULAN OSAMA DAN KUCAI MINGGU 3 MLM 2013, AHLI KUMPULAN SYJ OSAMA YANG TERSINGKIR MAHARAJA LAWAK MINGGU KE-3, SEPAHTU JAMBU NABIL WALA SYJ BOCEY MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 3


Minggu ke-3 Maharaja Lawak Mega 2013 menyaksikan peningkatan mendadak beberapa kumpulan junior. Walaupun gagal mendapat markah penuh 4 bintang, tapi lawak mereka menerima sorakan gemuruh penyokong di MBSA dan di rumah. Selera penonton kini lebih terarah kepada lawak spontan dan idea yang lebih segar.



Wala dan Bocey wajar diberi pujian atas usaha beterusan mereka. Kumpulan senior seperti Sepahtu, Jambu, Shiro dan Nabil tidak boleh berasa terlalu selesa walaupun mereka lebih popular. Agak mengecewakan pelawak otai seperti Boboi dan Osama dilihat gagal menyerlah mengikut tema 'Cinta' pada minggu ini.



SYJ yang dibarisi Syuk, Yassin dan Jihan lebih kreatif. Tak perlu terlalu ikut skrip kerana lawak spontan mampu membuat penonton ketawa terbahak-bahak. Contohnya macam Sepahtu yang bijak menggunakan kesilapan teknikal dalam persembahan mereka. Ada baiknya jugak rancangan Karot Komedia dan Super Spontan kan. Secara tak langsung mereka sudah berlatih berlawak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 MINGGU 1 - SEPAHTU & SHIRO TERBAIK | OSAMA BUAT KEJUTAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

TUJUH KUMPULAN DAPAT 4 BINTANG


jep sepahtu maharaja lawak mega 2013 minggu 1

Video Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 2 [Klik]

Maharaja Lawak Mega 2013 bermula begitu meriah dengan persembahan mantap dari beberapa kumpulan berpengalaman. Buat kali pertama barisan juri diperkenalkan iaitu Datuk Yusof Haslam (Malaysia), Luna Maya (Indonesia), Sheikh Haiqal (Singapura) dan Nora Danish.



Menariknya Maharaja Lawak Mega 2013 memperkenalkan sistem rating 1-4 bintang untuk menilai para peserta.  Majoriti mendapat minimum 3 bintang kerana masih terlalu awal bak kata juri. Hanya 7 kumpulan yang mendapat markah penuh 4 bintang. Mereka terdiri daripada Sepahtu, Shiro, SYJ, Osama, Jambu, SayWho dan Nabil peserta tunggal yang beraksi secara solo.



Paling mengejutkan gandingan pelawak veteran Os dan Isma Alif (Osama) yang begitu selamba mengetengah lawak berjiwa orang muda. Ini sudah pasti menarik peminat yang rata-rata dari golongan remaja dan belia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Akhir Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

HAMPIR TEPAT


ZERO LAYAK KE MAHARAJA LAWAK 2013, VIDEO KERUSI PANAS 2013 ZERO MAMU GERAK SHAKE BELL AMIR, LAWAK ZERO SEMALAM

Video Penuh Kerusi Panas Maharaja Lawak 2013 Percuma [Klik]

Baru sahaja sebentar tadi pengumuman rasmi pemenang Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013 Astro dibuat. Nampaknya 2 daripada 3 kumpulan yang aku jangka berjaya dipilih iaitu Zero dan Mamu. Tapi malangnya kumpulan Shake (Bell & Amir Amerika) terkandas dan digantikan dengan kumpulan Gerak.  Rata-rata penonton seakan memilih kumpulan Shake tetapi apakan daya markah ditentukan oleh juri 'profesional ' katanya.



Aznil dilihat paling berlapik ketika memberi komen. Azwan Ali pulak ikut sedap hati je melaser orang. Cuba kalau dia pulak buat persembahan atas pentas. Harus kena baling dengan kerusi. Hattan banyak mempersoalkan penyanyi yang ingin mencuba untuk berlawak seperti makcik Ros dan Fida.



Keputusan akhir sudah dibuat. Kita tak boleh nak patah balik. Redha sajalah dengan pemilihan 3 kumpulan menerusi tiket kerusi panas ke pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 minggu depan. Tahniah Zero, Mamu dan Gerak!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/